Pada 2018, Kumpulan Flat Earth Klaim Australia Tak Wujud & NASA Bayar Orang Untuk Berlakon

Masyarakat yang percaya pada teori bumi adalah datar, tidak berbentuk sfera percaya kepada satu lagi teori konspirasi.

Di mana mereka mendakwa bahwa Australia sebenarnya tidak wujud. Dan kesemua rakyat Australia yang korang lihat dalam tv selama ini adalah dibayar oleh NASA.

Ini bermakna menurut mereka Australia adalah negara dalam khayalan kesemua manusia.

Tuntutan ini muncul ketika komuniti Flat Earth mengadakan persidangan di Birmingham, England pada 2018.

Antara tokoh yang menyokong kuat persidangan ini ialah Hugh Jackman dan Kylie Minogue. Di mana dua selebriti ini memang dikenali dengan pendirian mereka menyatakan bumi itu datar.

Lalu dalam persidangan itu mereka dengan tegas menyatakan bahawa Australia tidak wujud.

Teori itu sudah berlegar sejak 2006 lagi. Dan ianya dibangkitkan semula kerana mahu mengingatkan kepada golongan yang percaya bumi itu rata.

Australia hanya ilusi

Pada 2018, aktivis bumi itu rata, Shelly Floyrd memberitahu umum bahawa teori ketidakwujudan Australia:

“Kebanyakan kamu mungkin sudah terpedaya dan percaya dengan tanah khayalan bernama Australia. Saya berani menyatakan kamu sudah mempelajarinya di sekolah.”

“Di sini saya tampil memberitahu kamu kebenaran.”

“Sebenarnya, Australia tidak wujud. Kesemua yang kamu dengar tentangnya adalah rekaan semata mana. Dan setiap gambar di Australian itu adalah fake, dibuat oleh kerajaan.”

“Saya yakin kamu pernah bercakap dengan seseorang yang mendakwa mereka orang Australia – di internet. Mereka itu adalah perisik rahsia kerajaan yang menjelajah di internet untuk menyebarkan benda palsu ini.”

“Kami tak pasti kenapa kerajaan kita mereka reka benua khayalan ini? Atau mereka cuba meyakinkan dunia bahawa benua itu wujud. Namun kami boleh sahkan kepada kamu, hakikatnya, Australia itu tak wujud.”

Shelley percaya kesemua rakyat Australia yang ada di dalam tv ataupun di mana sahaja, adalah helah komputer.

Shelley menambah: “Australia itu cuma hoax dan nak kita semua percaya bahawa Britain sudah menghantar kesemua penjenayah mereka ke satu tempat.”

“Hakikatnya, kesemua penjenayah ini diletakkan di dalam satu kapal dan dilemaskan serta ditenggelamkan agar mereka tak kenal daratan lagi.”

“Ini adalah satu cara menutup salah satu jenayah pembunuhan besar besaran di dalam sejarah, dibuat oleh salah sebuah empayar yang prominen.

Seterusnya Shelley menuduh kesemua juruterbang pesawat ke Australia sudah dibayar. Di mana mereka akan mengibaratkan mereka sudah terbang jauh ke satu benua berbentuk kepulauan.

“Mereka bukan terbangkan kamu ke Melbourne atau Sydney, tetapi mereka terbangkan kamu ke satu tempat di Amerika Selatan. Di mana mereka sudah ‘membersihkan’ kawasan itu dan membayar pelakon pelakon untuk berlagak seperti mereka orang Australia sebenar.”

“Australia adalah hoax terbesar pernah dicipta. Dan kamu sudah teperdaya. Ayuh sertai gerakan kami hari ini, dan ketahuilah bahawa kamu sudah diperdaya.”

Shelley turut mendedahkan sudah lebih 80,000 orang yang dibunuh dengan cara menipu mereka kononnya nak bawa mereka terbang ke Australia.

Lalu dia menyeru: “Ayuh bangkit, atas nama mereka yang sudah dibunuh, nyatakan bahawa Australia itu tak wujud!”

Komuniti bumi datar mendakwa bahawa sesiapa yang menganggap mereka telah mengunjungi Australia adalah “sangat bersalah dalam menipu orang ramai”.

Australia, sebuah negara Komanwel Britain, menempatkan lebih daripada 24 juta orang.

Selain itu, mereka menganggap semua warga Australia tidak lebih daripada watak yang dihasilkan oleh komputer.

Mereka yang percaya pada teori “bumi rata” mendakwa planet yang hidup manusia dibentuk seperti cakera rata, bukan seperti bola.

Agensi Angkasa Amerika Syarikat atau NASA telah membuktikan bahawa bumi itu sfera.

Walaubagaimanapun, ahli teori “bumi rata” percaya bahawa NASA berbohong.

Dalam persidangan yang sama, penyokong teori bumi rata ini juga mendakwa bahawa bumi duduk di angkasa, dan tidak mengorbit matahari.

Persidangan kumpulan itu berlangsung selama tiga hari di Birmingham. Terdapat sembilan penceramah utama yang turun ke pentas untuk menerangkan teori mereka mengenai mengapa bumi rata.

Dave Marsh, seorang pekerja NHS Britain, yang bercakap pada persidangan itu berkata; “Penyelidikan saya menghancurkan kosmologi big bang.”

“Ini menyokong idea bahawa graviti tidak wujud dan satu-satunya kekuatan sebenarnya di alam adalah elektromagnetisme,” katanya.

Rujukan

CNN

Mirror

Baca yang lain