Maghribi telah membuktikan bahawa bola sepak di negara mereka berada di landasan yang sangat tepat. Mereka kini sedang melalui kempen Piala Dunia 2022 dengan cemerlang.
Semua yang berlaku pada bola sepak Maghribi bukannya kebetulan atau tuah semata mata. Ianya kerana usaha dan juga sistem bola sepak mereka.
Maghribi kumpulkan bakat dari akademi Eropah
Dalam beberapa musim ini beberapa nama bintang muncul dari negara tersebut. Misalnya pada 2019, terdapat 3 pemain Maghribi berjaya berada dalam senarai pendek untuk Ballon d’Or iaitu Achraff Hakimi, Hakim Ziyech dan Yunis Abdelhamid.
Pada hari ini ramai lagi pemain lain yang berjaya menempatkan nama mereka di liga liga bola sepak di Eropah. Selain daripada 3 nama di atas, ada juga nama seperti Romain Saiss, Munir El Hadadi, Yossef El Neysri, Amine Harit, Sofiane Boufal, Nordin Amrabat, Youness Balhanda, Nabil Dirrar, Noussair Mazraoui dan ramai lagi.
Pada 2021, dalam pendaftaran pemain untuPiala Afrika B-17 tahun, Maghribi telah mendaftarkan nama melibatkan 24 pemain yang bermain untuk akademi di Eropah. Kebanyakan mereka merupakan pemain yang ada dwi-kewarganegaraan, berdarah Maghribi dengan campuran negara negara Eropah lain.
Para pemain mereka berada di akademi seperti Chelsea, Standard Liege, Nancy, RB Salzburg, Juventus, Ajax, Sampdoria, Hellas Verona, Nice, Bayer Leverkusen, Lille, Ajaccio, Genk, Levante, Amiens, Bordeaux, Valenciannes, Lens, Clermont, Standard Liege dan Mainz.
Melihatkan senarai tersebut, nampaknya Maghribi memiliki masa depan yang sangat baik. Sebenarnya Maghribi merupakan negara yang memiliki ramai bintang yang dwikewarganegaraan. Para pemain mereka bermain untuk kelab kelab elit Eropah.
Simon Kuper melabel pasukan Maghribi yang bermain di Piala Dunia 2018 sebagai pasukan dari Eropah. Merujuk kepada bakat bakat pemain mereka yang rata rata diambil daripada kelab Eropah yang bermain untuk negara mereka. Pemain pemain ini merupakan pemain berdarah kacukan.
Lion of Atlas itu telah menunjukkan bahawa kerajinan mereka berkomunikasi dan mencari pemain pemain yang rata rata pemai imigran di Eropah ini telah membantu mereka membentuk pasukan.
Malah Mark Wotte pada ketika itu yang menjadi pengurus B-23 mereka berkata: “Pasukan kami ada penjaga gol Sepanyol, bek kanan Perancis, dan saya tak rasa ada seorang pun pemain yang benar benar Maghribi.”
Maghribi sebenarnya negara yang kecil. Cuma ada 35 juta penduduk, namun kira kira 4.5 juta daripada mereka telah berhijrah ke Eropah. Berbeza dengan pemain pemain dari negara lain yang akan lebih selesa memilih negara Eropah berbanding negara asal mereka, pemain pemain ini ternyata memiliki semangat ke-Maghribi-an yang sangat kuat. Ada yang sebenarnya datuk mereka sahaja yang lahir di Maghribi, namun tetap bersemangat mewakili negara asal moyang mereka.
62% pemain pemain yang mewakili Maghribi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia merupakan pemain yang lahir di luar negara mereka. Menurut CIES, ianya angka tertinggi untuk pasukan yang mara ke Piala Dunia. Jauh di hadapan negara yang berada di tangga kedua untuk aspek yang sama iaitu Senegal dengan 40%.
Simon Kuper melabel pasukan Maghribi ini merupakan pasukan yang dibentuk daripada keunggulan bola sepak Eropah dan juga semangat imigran Muslim di Eropah yang terperangkap dalam dilema dua kewarganegaraan.
Situasi tersebut mirip kepada suasana di Jerman menerusi pemain Jerman-Turki. Sehingga bintang seperti Mesut Ozil menjadi perancang utama yang menjadikan mereka juara dunia. Namun berlaku konflik di antara Ozil dengan peminat Jerman dan pengurusan DFB kerana menurut Ozil, di Jerman, mereka hanya dipandang rakyat Jerman ketika menang dan dipandang sebagai pendatang ketika kalah.
Diaspora Maghribi ke Eropah
Penghijrahan Maghribi ke Eropah bermula dari tahun 1960-an. Sebilangan besar orang dari daerah berbahasa Perancis pergi ke Perancis, sedangkan orang Berber dari pergunungan Rif utara (yang mempunyai sedikit aktiviti ekonomi di luar pertanian ganja) menuju ke negara tanah rendah dan, kemudian, ke Sepanyol.
Tidak lama kemudian diaspora mula menghasilkan pemain bola sepak yang hebat. Bintang Maghribi di Piala Dunia 1998, Mustapha Hadji, telah berhijrah ke Perancis ketika masih kecil, dan bermain untuk Perancis B-21.
#OnThisDay at the #WorldCup 🏆 #France1998 #Morroco 🇲🇦 played their opener against #Norway 🇳🇴 and Mustapha Hadji 🇲🇦 scored this cracker ⚽️!https://t.co/swDz6NADeQ
— World Cup Fever 🏆⚽ | CARLOS (@WorldCupFeverTV) June 10, 2019
Selama bertahun-tahun, pengambilan wakil Maghribi dari Eropah telah menjadi salah satu polisi mereka. Namun, ramai juga bintang diaspora ini tidak mahu mewakili mereka. Marouane Fellaini, memilih Belgium. Pemain tengah Belanda-Maghribi Ibrahim Afellay dipanggil oleh Belanda dan Maghribi berturut-turut. Pilihannya adalah untuk Oranje.
Kedua dua pemain tersebut menjadi kecaman media tempatan dan peminat mereka yang melabel mereka berdua sebagai orang Maghribi palsu dan lupa daratan.
Atlas Lions adalah pasukan yang dibahagi oleh Mediterranean. Pemain Belanda-Maghribi Youssef El Akchaoui memberitahu majalah Belanda Hard Gras pada tahun 2008: “Orang-orang Maghribi dari Eropah semuanya bergaul bersama. Anda mempunyai dua kem di dalam pasukan. Ia juga tidak selalu ngam lapangan. Mereka [orang Maghribi-Maghribi] selalu mencari jalan sukar dalam padang, dan tak terus hantar bola dengan mudah.”
“Orang Maghribi Eropah tidak melakukan tindakan aneh itu. Itulah perkara pertama yang kamu pelajari dalam sukan bola sepak remaja. ”
Beliau kemudian membezakan sikap pemain Maghribi sebenar dengan Maghribi Eropah ketika di kem kebangsaan. Agak aneh kerana pemain pemain dari Maghribi tulen ini sebenarnya masih ada yang menganggap pergi ke sesuatu pertandingan sebagai suka suka dan percutian. Berbeza dengan mentaliti pemain yang beraksi dari kecil dengan akademi Eropah. Mereka menganggap ia satu perjuangan dan lebih berdisiplin termasuk menjaga pemakanan dan tidur di hotel.
Beza pemain tempatan dengan Eropah
Itu yang membuatkan Maghribi kemudian gagal layak ke Piala Dunia selepas 1998, sehinggalah 2018. El Ahmadi yang menjadi kapten Piala Dunia 2018 untuk Maghribi adalah pemain yang lahir di Belanda. Namun beliau menegaskan beliau tetap menganggap perjuangan untuk Maghribi adalah tidak pernah ada duanya. Kerana bagi beliau perjuangan mereka adalah kerana darah asal Maghribi yang mengalir dalam diri mereka.
#OnThisDay in #France1998 Brazil 🇧🇷 beat Morroco 🇲🇦 3-0 and 'O Fenômeno' @Ronaldo 🇧🇷 scored his very first #WorldCup 🏆 goal ⚽https://t.co/OZ6KvLa9iv
— World Cup Fever 🏆⚽ | CARLOS (@WorldCupFeverTV) June 16, 2020
Amrabat pernah berkata: “Walau dari mana kami berasal, kami semua tetap sama, kami adalah orang Maghribi.”
Seterusnya Mark Wotte pernah menyatakan, pemain pemain Eropah-Maghribi ini biasanya lebih dihormati di kem kebangsaan. Misalnya Mehdi Benatia yang berasal dari Perancis berdarah Maghribi.
Wotte berkata, ada beza yang ketara di antara kedua dua kelompok pemain. Pemain yang memang bermain di Maghribi sejak kecil biasanya sangat teknikal dan lincah. Namun bezanya mereka tidak cerdas secara taktikal. Misalnya pemain penyerang akan malas bertahan kerana memikirkan itu bukan tugas utama mereka.
“Dengan pemain pemain tempatan ini, saya selalu ada isu dengan decision making. Mereka lemah dalam hantaran walaupun sangat berteknikal. Salah satu sebabnya, mereka dari kecil bermain di padang yang teruk.”
Semakin banyak negara lain yang cuba merekrut pemain pemain Maghribi ini. Sama juga dengan seteru utama mereka Algeria. Di mana dalam Piala Dunia lalu, Algeria ada 16 pemain asal Perancis.
Benatia sebenarnya boleh menyertai Algeria kerana ibu dia orang Algeria. Tahun yang sama FA Maghribi melancarkan kempen, bawa pulang bakat dari negara kita. Di mana FA Maghribi merasakan pemain pemain diaspora ke Eropah dari keturunan Maghribi ini adala khazanah negara mereka. Ketika itu FA Maghribi mendesak agar kerajaan negara mereka memberikan kelonggaran dari segi prosedur kewarganegaraan dan dokumentasi yang berkaitan.
Kisah Hakim Ziyech
Pada 2015, Hakim Ziyech telah memilih untuk mewakili Maghribi. Pada ketika Guus Hiddink menganggap tindakan Ziyech itu adalah memalukan kerana dia akan memiliki masa depan lebih cerah untuk ke Piala Dunia dengan Belanda. Hiddink kemudian menganggap Ziyech ada masa depan cerah dengan Oranje tetapi dia membuang tuah.
Pembantu jurulatih Belanda, Marco Van Baasten melabel Ziyech sebagai budak bodoh, kerana mempersiakan bakatnya. Agak ironi, kerana pada 2018, Ziyech dan Maghribi mara ke Piala Dunia manakala Belanda pula gagal.
Morroco beat Cote d’Ivoire to book World Cup place | More here: https://t.co/6rWyTFJ3su #CitiCBS pic.twitter.com/eMrtHOZs6U
— CitiNewsroom (@Citi973) November 13, 2017
Dan mereka mengikat gergasi Sepanyol seri 2-2 dalam aksi Piala Dunia, ketika Van Baasten hanya menjadi pundit ketika temasya tersebut.
Ianya bukan keputusan mudah untuk mereka. Pemain asal Paris, Sofiane Boufal menganggap ianya ibarat memilih nak ikut emak atau ayah.
“Ianya seperti orang suruh kamu pilih sama ada nak pilih emak atau ayah. Les Bleus adalah sasaran saya sejak kecil. Saya tak akan pernah lupa jasa negara ini [Perancis] yang mengalu alukan kedatangan kami. Di sinilah saya membesar.”
Rumusan
Ini merupakan sesuatu yang bukan dimiliki oleh mana mana negara. Pemain yang lahir di luar negara namun jiwa mereka sangat kuat untuk negara datuk nenek mereka.
Sikap ibu bapa yang mereka yang masih kuat semangat bangsa Maghribi – walaupun sudah menjadi warganegara lain atau menetap di negara lain – juga faktor penting dalam membantu menarik minat pemain pemain muda ini berbakti kepada negara asal mereka.
Apa yang dilakukan Maghribi adalah mereka mendekati bakat bakat ini sejak mereka muda lagi. Menunjukkan bahawa projek yang ingin mereka bentuk pada masa akan datang. Ini perkara yang FAM mungkin harus belajar. Mereka sendiri yang scout bakat bakat istimewa ini. Bukannya orang lain yang mengesan dulu.
Selain itu, apa yang FAM boleh bentangkan kepada pemain pemain ini?
Duhulu ada pemain asal Miri berbangsa Scotland, Shaun Maloney. Dan bayangkan masa tu FAM jumpa Shaun Maloney, apa blue print yang mereka nak bentangkan kepada pemain seperti ini supaya mereka yakin bahawa mereka ada hala tuju kalau memilih Harimau Malaya.
Sama juga pemain pemain Maghribi ini. Saya tak rasa FA Morocco memetik bulan bintang menceritakan mereka mampu menjadi juara dunia. Pasti ada perkara yang menjadi daya penarik dan semangat.
Ketika artikel ini ditulis tahun lalu, Malaysia baru sahaja lalu mengumumkan pemain naturalisasi 34 tahun. Itulah bola sepak kita. Jangan kata saya mempertikaikan. Kerana kita ada dasar tersendiri.