Pada Minit 90+3′ Kemar Roofe Menjaringkan Gol Paling Jauh Dalam Sejarah UEL

Steven Gerrard menyatakan gol pada masa kecederaan oleh penyerangnya, Kemar Roofe ke atas Standard Liege merupakan gol tercantik yang beliau pernah saksikan depan matanya.

Roofe menggelecek beberapa pemain lawan sebelum melepaskan roket jarak jauh di Stade Maurice Dufrasne.

Percubaan dari kawasan sendiri itu menewaskan penjaga gol Liege – Arnaud Bodart pada masa kecederaan minit 90+3′.

Gol itu menutup rapat peluang Liege untuk mendapat sebarang mata.

Roofe melakukan gol itu dari jarak kira kira 50 meter. Menurut OptaJoe, itu adalah jaringan paling jauh dilakukan dalam UEL.

 

“Tiada satu pun gol saya setaraf dengan gol itu,” kata Gerrard.

“Ianya detik genius. Saya bernasib baik kerana menyaksikannya lima atau enam kali selepas gol itu terhasil — dan cara gol itu dibina sebelum dia melakukan rembatan.”

“Dia menewaskan 2 pemain dalam  keadaan padang yang teruk. Kemudian dia berjaya melepasi seorang pemain  – dan dia ada visi dan keiinginan untuk melakukan rembatan itu.”

“Kemungkinan itulah gol tercantik yang saya pernah saksikan depan mata sejak saya menjadi pemain profesional pada 1998,” tegas Gerrard lagi.

Saksikan gol ajaib itu di sini:

Dan sudah pastinya gol ini akan menjadi gol tercantik migguan UEL. Malah sudah pastinya bakal tercalon dalam senarai gol tercantik tahunan untuk pertandingan.

Selain daripada berada dalam senarai untuk pencalonan Puskas, tak gitu?

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai