Pada Usia 37 Tahun, Cavani Buat Gol Lipat Yang Luar Biasa

Pada usianya yang sudah 37 tahun, Edinson Cavani terus berbisa di hadapan gol.

Dia menikmati musim yang hebat secara peribadi di Liga Argentina bersama dengan Boca Juniors.

Terbaru dia mencetak 2 gol untuk membantu Boca Juniors menang 3-0 ke atas Central Norde.

Salah satu daripada gol Cavani dilakukan dengan gaya gol lipat ataupun libasan gunting yang padu dan keras.

Gol itu bermula daripada satu serangan balas pantas dibuat oleh Boca Juniors. Selepas menerima bola kali pertama, Cavani menghantar kepada rakannya, namun bola agak tidak cantik.

Kemudian rakannya menghantar semula hantaran lintang kepada Cavani. Bola sedikit ke belakang, namun itu bukan masalah untuk Cavani yang melonjak dan melibas bola itu untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-56.

Saksikan:

Selepas gol itu, Boca Juniors mencetak satu lagi gol pada minit ke-74, menerusi Miguel Merentiel.

Kemenangan itu meletakkan Boca Juniors berada di kedudukan keenam dalam kumpulan B Liga Perdana Argentina. 7 mata di belakang pendahulu Godoy Cruz.

Namun mereka masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Cavani sebelum ini menyertai Boca Juniors selepas meninggalkan Manchester United. Dalam kariernya di Eropah, Cavani antara pemain yang paling berjaya ketika bersama dengan kelab seperti Napoli, PSG dan sudah tentunya Man United.

Di peringkat kebangsaan nama Cavani pastinya digelar legenda Uruguay. Membentuk gandingan luar biasa bersama Luis Suarez pada era mereka.

Baca yang lain