Pagar Selatan Kritik Generasi Sekarang Habis Duit Kat Game, Judi Dan Belu

Sir Gareth Southgate menyatakan dia semakin bimbang dengan generasi muda di England pada harri ini yang membelanjakan wang mereka sangat banyak di platform perjudian, permainan video, laman dewasa dan sebagainya.

Gareth turut meminta anak anak muda untuk mencari idola yang lebih baik berbanding menjadikan influencers yang tidak bermanfaat sebagai suri tauladan.

Gareth Southgate menggariskan kepentingan untuk generasi muda tidak memencilkan diri dan hidup bermasyarakat dan mempertahankan kepercayaan dan budaya mereka.

“Terlalu ramai orang muda hari ini yang mengasingkan diri mereka. Terlalu ramai yang malu untuk bercakap dengan rakan atau ahli keluarga mereka.

“Ramai generasi muda tiada mentor, guru, jurualatih atau bos. Di mana mereka ini sangat memahami dan membantu anak anak muda membesar.

“Jadi ketika kesulitan atau dalam masalah, anak anak muda ini sekarang, nak tak nak, cari cara untuk menyelesaikan masalah mereka, seorang diri.

“Anak anak muda akhirnya, sukar untuk meluah atau berkongsi masalah mereka dengan orang lain. Mereka meluangkan lebih banyak masa secara online, mencar hala tuju di situ.

“Dan akhirnya terjerumus ke dalam perkara tak sihat seperti bermain video game, bermain judi dan layan belu.

Seterusnya, Gareth Southgate juga menganggap komuniti hari ini juga agak toksik dan tidak memberikan lebih peluang kepada orang muda untuk bangkit dan belajar daripada kesilapan.

“Anak muda tidak ada peluang untuk gagal dan belajar daripada kesilapan mereka.” kata Beliau lagi yang menegaskan kegagalan itu sebahagian daripada proses hidup.

“Terlalu ramai anak muda sekarang takut mengambil risiko gagal, kerana mereka tak banyak peluang untuk belajar dan mengatasinya. Mereka gagal untuk mencuba berbanding mencuba dan gagal.

“Jika saya belajar sesuatu daripada hidup saya dalam bola sepak, adakah kejayaan itu lebih bermakna daripada skor akhir. Kejayaan sebenar adalah cara kamu memberikan respon kepada situasi paling sulit,” tegas beliau.