Pak Karim Kesipuan & Terharu: ‘Kalau Messi Dah Kata Lagu Tu, Saya Pun Semangat La Nak Menang Ballon D’Or’

Karim Benzema menyatakan dia semakin bersemangat untuk memenangi Ballon d’Or.

Sebelum ini Karim Benzema antara pemain yang tidak percaya dengan sistem pemilihan Ballon d’Or yang menurutnya lebih kepada sentimen pilih kasih para wartawan sukan yang mengundi.

Oleh sebab itu Benzema selama ini tidak begitu ambil peduli soal Ballon d’Or walaupun dia mengakui dia tumpang gembira apabila rakan karibnya Cristiano Ronaldo seringkali memenaginya.

Messi pilih Benzema

Baru baru ini, Lionel Messi menegaskan bahawa pemenang Ballon d’or tahun ini sudah ditentukan.

Kapten Argentina, Lionel Messi telah memilih Karim Benzema sebagai pemain yang sudah memahatkan namanya pada trofi Ballon d’Or. Ianya berdasarkan prestasi tak masuk akal pemain Real Madrid itu musim ini di dalam La Liga dan juga di peringkat UCL.

Segalanya serba sempurna untuk Karim Benzema kerana dia menikmati musim yang cemerlang dan menamatkan musim dengan UCL. Itu yang menjadi faktor penguat kepada nama Benzema.

Menurut pemenang 7 Ballon d’Or itu berkata: “Saya rasa tiada keraguan – di mana Karim Benzema menikmati tahun yang spektakular dan mengukuhkan namanya dengan menamatkan musim sebagai pemenang Liga Juara Juara Eropah.”

“Dia menjadi nadi penting pasukannya bermula daripada peringkat 16 akhir ke atas dalam semua perlawanan.”

“Saya rasa tiada keraguan bahawa dia akan menjadi pemenang musim ini.”

Sememangnya sangat sukar untuk menewaskan Benzema pada tahun ini. Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan 44 gol daripada 46 perlawanan, untuk Real Madrid dalam semua pertandingan musim ini.

Selain itu Karim Benzema turut mencatatkan 15 assist. Benzema membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan UCL pada musim ini.

Legenda Arsenal, Thierry Henry sependapat dengan Lionel Messi. Kerana menurutnya Karim Benzema sudah berada di kedudukan tidak mampu dicabar untuk Ballon D’Or terutama sekali selepas dia memenangi UCL.

Itu dianggap penguat utama kepada reputasi Benzema.

Benzema turun dalam aksi antarabangsa di mana Perancis dikejutkan oleh Denmark.

Wartawan menemuramah Benzema dan menyatakan bahawa apa pandangan dia apabila pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Lionel Messi memilih dia sebagai calon utama Ballon d’Or tahun ini.

Benzema terharu

Messi mengenepikan rasa semangat Barcelonanya untuk mengiktiraf bahawa Karim Benzema adalah yang paling layak.

Benzema berkata: “Sungguh ka dia kata lagu tu? Tuuu dia noh.. Kalau macam tu saya pun jadi bersemangat la noh untuk membuat lebih lagi di atas padang.”

“Kata kata Messi itu membuatkan saya happy la aih,” tegas Benzema yang tersasul berbahasa utara.

Ataupun bahasa Melayu standardnya, Pak Karim berkata: “Kata kata Messi itu telah memberikan saya lebih lagi motivasi untuk melakukan sesuatu di atas padang.”

“Kata kata daripada seseorang seperti Messi itu membuatkan saya gembira.”

Selain Benzema, seorang lagi nama yang kini menjadi bualan ramai ialah Thibaut Courtois.

Namun Courtois menyatakan bahawa peluang untuk penjaga gol memenangi Ballon d’Or boleh dikatakan hampir mustahil.

Sebelum ini Manuel Neuer adalah yang paling hampir. Tetapi masih juga dia gagal melakukannya.

Apa yang pasti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mungkin agak sukar kali ini memenangi Ballon d’Or pada musim ini.

Ronaldo walaupun cemerlang dengan jumlah gol yang banyak di Old Trafford, namun secara keseluruhannya dia masih tidak berada di prestasi terbaiknya.

Lionel Messi bergelut di dalam pasukan barunya PSG. Dan bertekad mahu memperbaiki prestasinya pada musim hadapan.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil