Peminat bola sepak di Sepanyol menjangkakan bahawa aksi derbi Madrid kali ini akan berlangsung dalam suasana paling rasis.
Ini selepas penyokong Atletico melancarkan kempen meminta semua penyokong mereka memakai topeng dalam perlawanan itu. Ini untuk membolehkan mereka menghina Vinicius tanpa risau wajah mereka dirakam kamera.
Kempen itu mendapat reaksi ramai peminat yang kurang senang dengannya. Salah seorang peminat Real Madrid berkata: “Jika mereka menghina Vini secara teruk, saya akan menyokong pasukan saya keluar dari padang dan tak teruskan perlawanan.”
Vinicius menjadi subjek kecaman peminat Atletico dalam beberapa musim ini. Ianya bermula selepas pemain Atletico, Koke sebelum ini pernah memberikan amaran kepada Vinicius untuk tidak meraikan gol dengan menari di hadapan penyokong.
Kerana menurut Koke, tindakan itu akan membuatkan penyokong rasa diprovokasi dan mencetuskan ejekan perkauman.
“Kalau dia menari untuk meraikan golnya, dia akan tanggung sendiri akibatnya,” jelas Koke.
Selepas itu, Vini mengecam kenyataan Koke itu yang dianngap menyokong rasisme. Vinicius mendapat sokongan daripada ramai rakan profesional termasuk Neymar.
Mereka meminta Vini jangan pernah berhenti menari. Musim ini Vinicius terus menjadi pemain yang seringkali dijadikan sasaran peminat. Ramai yang menyalahkan tindakannya yang provokatif sebagai puncanya.
3 penyokong Valencia diarahkan dipenjara selepas didapati mengejek Vini sebagai monyet. Pertama kali penyokong bola sepak dipenjarakan kerana perbuatan rasisme. Real Madrid dan Vini meraikan tindakan kerajaan Sepanyol itu sebagai kemenangan menentang puak rasis.
Tetapi bekas presiden Valencia pula, Paco Roig menggelarkan Real Madrid sebagai Real Imigran. Kerana ada 8 pemain kulit hitam, 2 pemain kulit putih yang merupakan pemain asing dan cuma Dani Carvajal sahaja anak jati Sepanyol.
Roig kemudian menuduh Vinicius sebagai berbohong. Sambil menyatakan dia tidak pernah mendengar penyokong Valencia menggelarkannya monyet.
Kenyataan Roig ini benar benar mengecewakan kem Real Madrid. Dan ianya berlaku sebelum aksi derbi Madrid di mana penyokong Atletico menyemarakkan lagi kebencian kepada Vini dengan kempen mahu menghina pemain itu nanti.
🚨 Atletico Madrid fans are preparing racially motivated campaigns against Real Madrid players, especially Viní Jr. for the upcoming derby on Sunday.
Their fans are asking people to go to the stadium with masks to be able to insult Vinícius and utter racist chants without being… pic.twitter.com/yA0TeGrKmq
— Madrid Zone (@theMadridZone) September 26, 2024
Penyokong Real Madrid hanya menjangkakan derbi itu nanti akan sarat dengan ejekan rasis daripada peminat Atleti.
Vini sebelum ini pernah menangis kecewa apabila mengenangkan Sepanyol sebagai sebuah negara yang ramai orang rasis.
Kenyataan itu dibidas oleh Dani Carvajal yang menegaskan bahawa orang Sepanyol tidak rasis dan menganggap kes Vini sebagai melibatkan segelintir orang tidak bertanggungjawab.
Apa yang pasti dia pernah menerima ejekan rasisme yang teruk ketika aksi derbi Madrid.
https://x.com/i/status/1748069281642795277