Pakar Percaya Gol McTominay Patut Kekal Tapi VAR..

Ben Jacobs percaya bahawa gol Scott McTominay ketika menentang Fulham seharusnya kekal dan tidak dibatalkan.

Manchester United hampir mencatatkan satu lagi keputusan tidak diingini. Namun gol lewat Bruno Fernandes memastikan Man United menang 1-0.

Man United sebelum ini kalah dua kali dengan keputusan 0-3 (di tangan City dalam EPL dan di tangan Newcastle dalam Piala Carabao) dan mereka keciciran tidak rela lagi keciciran mata di Craven Cottage.

Manchester United terus bergelut di hadapan gol pada masa ini. Dengan penyerang £72 juta mereka, Rasmus Hojlund dengan wajah kecewa digantikan dengan rekod terus gagal menjaringkan gol di EPL.

Manchester United sebenarnya berpeluang mendahului pada minit ke-8 perlawanan. Apabila penjaring terbanyak mereka dalam liga, Scott McTominay menjaringkan gol selepas menerima bola di hadapan gawang.

VAR kemudian membatalkan gol itu kerana Harry Maguire berada pada kedudukan ofsaid.

Ben Jacobs dari CBS percaya bahawa gol itu seharusnya diberikan kerana Maguire tidak aktif dalam situasi itu. Kemudian pengadil menyatakan gol itu dibatalkan kerana ofsaid subjektif.

Ben Jacobs dalam ulasannya berkata: “Ya Harry Maguire ada sedikit saja ofsaid dan dia cuba terlibat dalam permainan bola. Namun. Saya tak rasa gerakan dia ada memberikan kesan langsung kepada apa sahaja.”

“Tinjauan terbaik adalah pada pergerakan bola. Dan bola tak disentuh langsung oleh kaki Maguire. Gol harus diberikan. Ditambah dengan masa penilaian diambil terlalu lama. Jadi teknologi ofsaid separa automatik diperlukan.”

Seterusnya ada yang membandingkan situasi itu dengan Manchester City. Di mana gol City dikekalkan dan United dibatalkan.

Bruno Fernandes bagaimanapun memastikan Man United membawa pulang 3 mata. Dengan satu gol sangat genius. Dia mengawal bola dengan mengacah lawan dan merembat leret ke near post.

Kemenangan ini jelas memberikan kelegaan kepada Erik Ten Hag.