Korang pernah dengar nama Matt Judge? Mungkin nama asing bagi korang, kecuali korang fans Man United.
Sebelum ini Patrice Evra dalam satu video marahnya kepada Woodward, turut menyebut nama Matt Judge.
Patrice Evra, mengatakan bahawa kesukaran The Red Devils dalam pasaran perpindahan pemain adalah kerana menyerahkan kawalan rundingan perpindahan kepada peguam dan bukan kepada orang yang tahu dan arif tentang bola sepak.
Dalam sebuah video yang disiarkan di Instagram, Evra membandingkan polisi di pasaran perpindahan United di bawah kepemimpinan ketua eksekutif Ed Woodward, dengan duo David Gill selaku CEO dan Alex Ferguson ketika dia masih menjadi jurulatih.
Evra: “I give too much to the club – I know some people they don’t talk because they scared they say oh no if I say something I may or may not get a job. I don’t care. I don’t need a [job] from Manchester United.” #MUFC
🎥- @Evra
— United Zone (@ManUnitedZone_) September 21, 2020
“Satu-satunya masalah yang akan saya katakan kepada Ed adalah mempercayai orang yang tidak sepatutnya dia percayai. ”
“Dia bahkan mempercayai orang di luar kelab bahawa dia tidak selayaknya. Itulah yang dapat saya katakan mengenai Ed.”
“Sebelum ini, Bobby Charlton, George Best, mereka mencipta sejarah kelab. Semua orang mengukir sejarah untuk kelab dan kita akan menghormati mereka, pasukan treble ’99 dan kami ’08.”
“Hanya beberapa orang yang mereka mahu menghancurkan semua legasi ini. Untuk apa? Perniagaan?”
“Apabila kita mahukan pemain dan harganya £20 juta, kita akhirnya berusaha membelinya dengan harga £ 100 juta. ”
“Malah sekarang ini, pemain pemain tersebut tidak lagi menginginkan wang kita,” sambung Evra.
“Ketika Manchester United mahukan pemain mereka datang dan berunding dengan kamu secara bersemuka,” kata Evra.
“Ketika Ferguson dan David Gill datang menemui saya di Monaco, ini lebih rumit daripada ditemuramah oleh CIA atau FBI,” lanjut Evra.
“Tetapi sekarang telefon saya berdering dari pengarah sukan kelab bola sepak terkemuka (lain) dan mereka berkata ‘Patrice, bolehkah anda meminta (perunding kontrak) Matthew Judge untuk menjawab telefon itu.”
“Harus faham bahawa kita sekaran ini menghantar peguam untuk bercakap dengan pemain.”
“Oleh itu, apabila kita hantar peguam, mereka akan membincangkan angka, mereka bukan orang dari dunia bola sepak,” kata Evra, yang bermain untuk Man United dari tahun 2006 hingga 2014.
Dalam dua insiden berprofil tinggi, Dortmund mengalahkan United untuk menandatangani penyerang Norway Erling Haaland dan pemain tengah England, Jude Bellingham dari Birmingham City.
“Kita gagal kerana kita mengirim orang yang salah untuk berbincang dengan mereka,” kata Evra.
Evra menyatakan cara United jauh berbeza dengan kelab seperti Real Madrid.
“Mereka [Real Madrid] menghantar orang yang mengenali kelab itu, yang suka kelab untuk bercakap mengenai kelab, bukan peguam yang hanya bercakap mengenai wang,” kata Evra.
“Sudah sudahlah kelab kita ni terus poyo [sombong] – hentikanlah. Terdapat beberapa orang di kelab sekarang yang tidak menghormati Sir Alex Ferguson.”
“I know some people are scared to speak up because they may not get a job in the future. I don't care.”
Patrice Evra blasts Man United for being arrogant and claims Ed Woodward is trusting people he shouldn’t. pic.twitter.com/IvjBtZOs1w
— ESPN FC (@ESPNFC) September 22, 2020
“Saya sayangkan kelab ini dan mungkin suatu hari saya akan bekerja untuk kelab ini lagi tetapi saya akan bekerja dengan kesetiaan saya dan saya tidak akan pernah berbohong kepada mana-mana orang yang mencintai kelab ini.”
“Saya rasa ada beberapa orang yang bekerja untuk kelab ini merosakkan kelab ini. Itulah sebabnya mengapa kita harus mengatakan yang sebenarnya kepada peminat.
“Saya tahu ada orang yang takut untuk mengeluarkan pandangan kerana mereka takut mungkin tidak mendapat pekerjaan di masa depan, saya tidak peduli, saya tidak perlukan [kerja] di Manchester United. Saya hanya sayangkan Manchester United.”
Siapa Matt Judge?
Matt Judge ni merupakan pemegang Master dalam Ekonomi dari Universiti Bristol. Tempat Woodward belajar juga tu. Judge ada pengalaman 13 tahun dalam bidang pelaburan.
Selain daripada Glazer, dan Ed Woodward, nama Matt Judge juga kerap menjadi kecaman penyokong Man United.
Walaupun pada era Mourinho misalnya, Matt Judge dianggap cemerlang kerana mendapatkan banyak pemain dengan mudah.
Tetapi di sebaliknya, ramai pemain yang datang, tujuan utama mereka adalah wang. Ini sebenarnya tak betul. Pemain profesional memang nak gaji besar. Tapi kalau wang terlalu diberikan keutamaan mereka akan mudah puas sebab dah dapat apa mereka nak.
Matt Judge, adalah ketua bahagian pembangunan di Man United. Namun, selain daripada melakukan tugas pembangunan, beliau juga menjadi salah seorang perunding kepada perpindahan Man United.
Ya, dia adalah perunding kontrak. United agak rare sikit. Jarang kelab besar pada hari ini tiada Pengarah Sukan. Mereka salah satu daripadanya.
Dan segalanya di tangan CEO – Ed Woodward dan dalam perpindahan dibantu Matt Judge.
Matt Judge has gone unnoticed at United for a long time but that's about to change as his role becomes more prominent in this transfer window #mufc https://t.co/rLAvmkEel2
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) June 28, 2019
Mesti korang pelik kan? Ya, jawatan dia mirip kepada Sporting Director. Bezanya dia tak berhubung dengan manager secara terus dalam benda benda macam ni.
Dan kuasa dia terbatas untuk mengesahkan perpindahan.
Dia membantu Ed Woodward dalam tugasan yang boleh dikatakan bukan dia pakar. Dan kedua dua pun bukan pakar sangat pun dalam dunia bola sepak yang lebih kompleks.
Sebab tu si Van Gaal cakap mamat dua orang ni tak tau apa apa pasal bola.
Van Gaal: Bayern diuruskan oleh orang dewasa, United diuruskan orang tak tau apa apa
Matt Judge antara orang yang paling dipercayai Ed Woodward. Malah dia telah membantu meringankan tugasan Woodward dalam isu melibatkan rundingan pemain.
Van Gaal memula datang ke United, dia melihat tiada pemain yang tak boleh United beli. Bukan sebab duit semata mata, tetapi sebab prestij kelab itu yang besar.
Interesting from Van Gaal on Woodward, the Glazers and the club being a commercial entity over a football club. https://t.co/d0LhejJJi4
— Charlotte Duncker (@CharDuncker) June 3, 2019
Matt Judge orang cakap dia ni low profile sikit. Tak suka berada di hadapan, tetapi suka di belakang tadbir. Sebab tu, ramai fans United sendiri tak perasan pun dia ni.
Itu orang kata la. Tetapi kenapa fans United tak suka dia?
Kerana dia tak ada kompetensi yang cukup dalam rundingan. Beliau adalah jenis perunding yang terlalu mudah dibuli ejen dan pemain.
🗣 Van Gaal: "At Bayern, the people in charge are football men. I always appreciated that.
"At Manchester United, on the other hand, Ed Woodward was installed as CEO – somebody with zero understanding of football." pic.twitter.com/U1mx7LyP0R
— GOAL (@goal) June 2, 2019
Matt Judge ni sukakan negosiasi yang mudah. Apa yang mudah? Dengan menabur duit gaji dan pakej ejen yang besar. Beliau sudah bekerja di United sejak 2012.
Bak kata Evra, beliau ni akan dibantu peguam kelab. Latar belakang mereka bukannya arif sangat dalam bola sepak. Jadi apabila seorang ahli perniagaan macam Judge dibantu peguam yang tidak ada kaitan dengan bola sepak, maka keputusannya akan berasaskan:
1. Pemasaran dan perniagaan
2. Tawarkan pemain dengan pakej tak masuk akal, asalkan dapat pemain dan Ed Woodward puas hati.
Biasalah lawyer kan? Dia buat apa saja untuk mememangi hati bos dia walaupun dia tau benda tu tak betul.
Judge mulai terlibat secara aktif dalam rundingan perpindahan Man United sejak 2016. Ketika itu Ed Woodward sangat sibuk dengan banyak kerja lain nak buat.
Ed Woodward masih kepala segala urusa. Cuma apabila sampai ke part rundingan harga dan tawaran kontrak, inilah masa Matt Judge diarahkan turun padang, dan menjadi tuan penasihat kepada Woodward.
Judge ni kerapkali dianggap negotiator yang hebat kerana mampu membawa Marquee player. Tetapi di sebaliknya, fans United merasakan dia adalah perunding yang lemah.
Misalnya dalam perjanjian Alexis Sanchez. Beliau menawarkan pemain itu gaji ala Chinese Super League, Paling rendah £350,000. Kalau Sanchez dapat segala bonus minggu tu, dia akan dapat sampai £550,000 seminggu.
Tak cukup dengan itu, Matt Judge telah meyakinkan Sanchez untuk menyertai mereka dengan menewaskan bonus tandatangan kontrak sebagai free agent dengan bayaran lebih £10 juta. Sedangkan City hanya offer sekitar £6-8 juta.
Dalam rundingan Paul Pogba, Judge dianggap power Sebab memudahkan rundingan tersebut.
Namun apa yang berlaku dia setuju dengan terma Mino Raiola minta lebih 20% bonus agensi. Menjadikan perpindahan Pogba membuatkan Raiola menerima bayaran ejen yang tertinggi dalam sejarah. Sekitar £23 juta untuk satu perpindahan. Tu belum kira Pogba bagi bonus kat dia lagi.
Matt Judge memang berjaya membawa masuk beberapa pemain yang Man United mahukan. Namun pada masa yang sama gagal membawa ramai pemain yang pengurus mahukan.
Dengan adanya perunding yang seperti Matt Judge, Man United kerapkali menjadi mangsa kepada permintaan tak masuk akal daripada ejen dan pemain.
Manchester United's chief transfer negotiator Matt Judge arrives at Carrington as the Bruno Fernandes deal edges closer https://t.co/kyTVWm9Zw5 #MUFC pic.twitter.com/cgImlG3Rjv
— Express Sport (@DExpress_Sport) January 16, 2020
Kesannya struktur gaji dan harga pemain di United rosak teruk. Sampaikan ada beberapa pemain dah tak fokus dalam padang sebab diganggu isu kontrak.
David De Gea dan Paul Pogba misalnya, sebelum ini dikatakan kurang gembira apabila mereka mendapat gaji yang jurangnya sangat jauh. Kesannya, prestasi mereka ketika itu tak menentu.
Namun ada juga sesetengah rundingan yang patut bagi besar dia tak nak. Ini kerana penilaian dia tersasar.
Misalnya deal Bruno Fernandes hampir collapse kerana Judge dan Woodward merasakan harga diminta Sporting untuk pemain itu agak mahal.
Kau tengok la Bruno, dia bukan kuasa pemasaran macam Pogba.
Dan mereka menawarkan pakej tak masuk akal; basic £35 Juta, bonus £25 juta kalau Man United juara UCL dan Bruno Fernandes menang Ballon d’Or.
Mujur lepas tu mereka dapat. Itupun selepas desakan banyak pihak.
Woodward pernah menyatakan bahawa Matt Judge ni hanya sementara je memangku jawatan dalam rundingan ni. Kerana nak melantik Sporting Director yang arif dalam bidang rundingan bola sepak.
Dan dia cakap benda tu sejak 2017 lagi. Sekarang dah tahun 2020. Dah nak masuk bulan 10 dah ni. Yilekk!
Matt Judge is United's acting Director of Football 😭😭😭😭 pic.twitter.com/EjILbvEsiG
— jαck (@UtdOptimist) October 11, 2019
Man United memiliki jabatan Scouting yang bagus tetapi banyak deal tu tak jadi apabila sampai ke tangan Matt Judge ni, selalunya akan hancur sikit.
Judge ni lebih tertarik dengan deal yang mega. Dan jarang sekali beliau berminat dengan deal pemain muda yang berbakat seperti Daniel James, Martial, dan sebagainya. Orang kata benda ni jarang sekali berlaku. Kecuali pemain tu dikatakan prospek hangat macam Martial.
Struktur perpindahan United ni mulai dibongkar teruk ketika era Mourinho. Dia yang berkata, manager Tak tahu apa apa dan tiada kuasa.
Manager Hanya hantar list mereka nak. Tetapi masalahnya, list dihantar bulan 3, si Woodward tak update sebarang info. Manager pula tak boleh bercakap dengan pihak ejen atau pemain.
Matt Judge at Manchester United (Overview)
*Does not include loan deals1. Avg. Age shows no clear plan of progression.
2. Net spend was atrocious. No value selling.
3. Too many allowed to leave for free.
4. Many players leave soon after signing.#MUFC #MattJudge #Rangnick pic.twitter.com/RGlyoE03eL— Trafford Tribune (@TraffordTribune) April 29, 2022
Ada sesetengah pemain ni lagi selesa terus bercakap dengan manager.
Namun nak salahkan di Judge ni sangat, tak boleh la kan. Sebab dia cuma bantu si Woodward yang bagi dia kepercayaan. Dan Woodward yang nak dia buat kerja tu.
Woodward dan Judge angkat kaki
Ed Woodward sebenarnya sudah angkat kaki daripada jawatan mereka. Ed Woodward melepaskan jawatan mereka. Woodwark meletak jawatan sebagai CEO selepas kegagalan projek Liga Super Eropah.
Sementara Matt Judge sudah pastinya tiada alasan untuk dia kekal di United apabila kepala dia sudah tidak lagi menjadi CEO.
Another HUGE move in United’s recruitment reshuffle.
Matt Judge, hired by Ed Woodward and involved with transfers since 2014, has resigned.
With Judge, Lawlor and Bout out, it leaves space for a notable appointment… #mufc https://t.co/Bv33mlLMph
— Alex Turk (@AlexCTurk) April 29, 2022
Richard Arnold dilaporkan tidak begitu yakin dengan Matt Judge, menjadi antara sebab kenapa Matt Judge meletak jawatan.