Pakar Perubatan Real Madrid Terpaksa Jelaskan Tentang Topeng Ini Kerana Ada Yang Palatao

Semalam laman VarskySports memuat naik status tentang kelengkapan yang digunakan oleh Real Madrid ketika latihan.

Varsky Sports telah menjelaskan bahawa para pemain Real Madrid menjalani latihan hipoksia dengan menggunakan topeng khas itu.

Dalam kapsyen tersebut, Varsky Sports menjelaskan: “Pemain Real Madrid memakai topeng hypoxia? Ianya untuk memberikan maklumat tentang kesan bermain di tempat tinggi, mengawal aliran udara keluar dan masuk.”

“Dengan cara ini, ianya akan digunakan untuk menganalisis intensiti yang boleh dinaikkan ke tahap tertentu, dalam latihan ataupun sebaliknya.”

Apa itu hipoksia?

Hipoksia adalah keadaan patologi di mana seluruh badan (hipoksia umum) atau sebahagian badan (hipoksia tisu) kekurangan oksigen.

Tanda-tanda hipoksia ini bergantung pada keadaan individu dan tahap kekurangan oksigen dalam badan mereka.

Dalam kes hipoksia akibat tekanan udara rendah berlaku secara beransur-ansur, gejala termasuk sakit kepala, mengantuk, keletihan, sesak nafas, perasaan euforia, berpeluh dan keletihan.

Jika hipoksia teruk berlaku ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda hipoksia teruk termasuk perubahan warna biru pada kulit, yang dipanggil sianosis.

Itu bukan latihan hipoksia

Maklumat itu ternyata kurang tepat. Dan pakar perubatan Real Madrid terpaksa menjelaskan sendiri tentang topeng tersebut. Beliau menyatakan bahawa, memang topeng itu untuk mengumpul maklumat tentang oksigen. Tetapi ianya bukan untuk latihan hipoksia.

Antonio Pintus bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi latihan yang memaparkan ujian kecergasan dengan pemain memakai topeng untuk mensimulasikan kesan latihan pada ketinggian.

Jurulatih kecergasan menjelaskan kaedah ini di Realmadrid TV: “Ujian ini dijalankan menggunakan topeng dengan sistem 5 lapisan. Ia sememangnya bukan latihan hipoksia. Ia adalah ujian yang direka untuk mengetahui skala aerobik dan anaerobik pemain serta kuasa semasa mereka .”

“Topeng ini berfungsi untuk menganalisis oksigen dan karbohidrat. Kita perlu mengetahui peratusan dan untuk menentukan keadaan pemain pada masa ini”.

“Hasilnya adalah untuk membantu dalam menyelaraskan atau sekurang-kurangnya memberikan sedikit panduan hala tuju kepada kerja yang sedang dilakukan oleh pasukan.”

“Latihan pramusim adalah berdasarkan asas aerobik larian jauh yang kemudiannya digunakan seiring dengan hala tuju dan objektif larian yang lebih pendek dan lebih pantas.”

“Saya boleh mengetahui maklumat ini daripada ujian ini sama ada pemain masih memerlukan lebih banyak sesi larian asas yang panjang dan intensiti rendah atau jika saya boleh mula bekerja pada latihan yang lebih sengit dan lebih pantas.”

“Rehat dalam latihan pada bulan November kerana Piala Dunia adalah bagus. Ini kerana kita boleh melakukan satu lagi pramusim dan bekerja lebih sedikit untuk pemain yang ketinggalan sebelum ini.”

“Ia akan berbeza untuk pemain yang akan ke Piala Dunia. Mereka perlu berehat seratus peratus apabila kembali dan kemudian kembali bekerja secara intensif semula secara beransur-ansur. Ia akan menjadi sama sekali berbeza untuk kedua-dua kumpulan”.

“Adalah penting untuk mengetahui di mana kami berada dan bagaimana keadaan mereka pemain melalui ujian ini. Saya sangat gembira dengan pemain. Mereka kembali dalam keadaan yang sangat baik. Ia juga hasil daripada kerja yang telah kami lakukan pada tahun lalu.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada mereka. Apabila ujian menjadi seperti ini, ia bukan kerana saya, tetapi kerana kerja keras mereka”.

Seorang peminat Real Madrid meminta Varsky Sports lebih teliti dalam menilai informasi yang dia mahu sampaikan.

Victor Abarca berkata: “Tolong lebih teliti, Varsky! Antonio Pintus sendiri berkata  bahawa dalam video itu lain [bukan hipoksia], dan dia menjelaskan untuk apa mereka menggunakannya.”

“Lepas tu, maklumat yang salah macam ni akan sampai kepada ramai orang dan mereka mempercayainya.”

Baca yang lain