Doktor di Alberta Health Services menegah sama sekali perbuatan meninggalkan hand sanitizer di dalam kereta.
Ketika manusia sedang berhadapan dengan wabak, pada hari ini ramai yang membawa hand sanitizer ke mana sahaja.
Presiden kepada AHS iaitu Dr. Verna Yiu dan Dr. Laura McDougall juga menegaskan bahawa, mencuci tangan dengan sabun dan air suam merupakan cara lebih baik dalam mencegah penularan wabak.
Namun mengakui bahawa, hand sanitizer lebih praktikal untuk diamalkan ketika berada di luar rumah dan tempat kerja.
“Ramai yang menjadikan hand sanitizer sebagai alternatif menggantikan sabun, terutama sekali ketika mereka keluar rumah.”
McDougall menulis di Twitternya, oleh kerana sekarang ini bekalan sanitizer mendapat permintaan yang tinggi, maka ada pihak yang mulai menghasilkan sanitizer sendiri dengan berasaskan alkohol yang kandungannya kira kira 60-90%.
“Apabila sanitizer itu terdedah kepada suhu panas yang berterusan, alkohol dalam sanitizer itu sebenarnya boleh mengwap dan hilang kepekatannya.”
“Jika dalam keadaan yang terlalu panas, ianya boleh mencetuskan kebakaran.”
Selain itu, beliau juga menegaskan, terdapat satu jurnal perubata – termasuk satu daripada 2011 – menyatakan kes seorang petugas kesihatan terbakar ketika menyalakan rokok selepas dia menggunakan sanitizer.
Jabatan pencegah kebakaran di AS sudah mengeluarkan amaran berkaitan kemungkinan akan perkara itu pada pertengahan April.
Suhu kereta yang terlalu panas apabila dibiarkan di luar, boleh mengundang risiko kepada masalah tersebut.
Ketua Bomba Lethbridge, menyatakan: “Walaupun sanitizer menjadi benda yang sangat bagus untuk mencegah wabak merebak, namun ianya ada risiko kebakaran.”
“Sanitizer dengan alkohol ada flashpoint (suhu ia meng-wap dan kemudian boleh mencetuskan api jika ada sumber percikan) yang sangat rendah iaitu sekitar 20 darjah celcius.”
Walaupun ada yang mempertikaikannya, namun beberapa orang dari negara yang iklim panas, mereka percaya memang ada risiko.
Lalu pihaknya mencadangkan agar sanitizer disimpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada capaian kanak kanak.
Sumber: Canadian Press