Ivan Toney kini menjadi pemain England berpendapatan paling tinggi setelah menyertai Al Ahli.
Gaji pokok Toney adalah £400 ribu seminggu. Hanya di belakang Harry Kane £406 ribu seminggu. Namun dari segi gaji bersih Toney adalah paling tinggi kerana tiada cukai pendapatan dikenakan ke atasnya.
Ivan Toney went from £20,000 weekly to £400,000 weekly pic.twitter.com/1jpd9jWgPn
— UKHipHopdaily (@UKHipHopDaily) September 3, 2024
Dia terus menerima £400k itu bersih. Ini ditambah dengan bonus £100 ribu yang mudah dapat. Dan jika dia berjaya mencapai semua bonus termasuk menang piala dalam satu minggu tersebut, bonus tersebut boleh mencecah £600 ribu.
Itu bermakna keseluruhan gajinya boleh mencecah £1 juta seminggu berdasarkan klausa bonus prestasi.
Ivan Toney’s move to Saudi Arabia could reportedly see him earn as much as £1m a week with bonuses 💰 pic.twitter.com/7m3cXHf8Kn
— ESPN UK (@ESPNUK) September 3, 2024
Luar biasa bukan? Maka tidak hairanlah Ivan Toney sanggup melupakan cita citanya sebelum ini yang mengutamakan kelab yang bermain di UCL sebagai destinasi seterusnya.
Ivan Toney menyertai Al Ahli dari Brentford dengan bayaran perpindahan £40 juta. Sebelum ini Brentford meminta £100 juta untuk mana mana kelab yang mahukan pemain itu.
Arsenal antara kelab yang berminat namun tidak sanggup membayar yuran sebesar itu. Kemudian Toney digantung 8 bulan kerana masalah judi. Dia kembali semula ke Brentford pertengahan musim lalu.
Dan kelab itu kekal dengan tanda harga £100 juta. Juga tiada pembeli yang sanggup membayarnya. Toney sendiri menyatakan bahawa dia tahu harga dia bukanlah sampai £100 juta dan meminta kelab lebih realistik dalam tanda harga.
Setelah Toney menyatakan tidak akan melanjutkan kontrak baharu, Brentford meletakkan namanya dalam bursa perpindahan dan akhirnya Al Ahli datang membida.
Pemain itu tertarik dengan pakej gaji dilaporkan £21 juta setahun ditawarkan kepadanya. Dan dia menerima gaji sekitar £400 ribu seminggu di Saudi.
Al Ahli turut cuba membawa masuk Victor Osimhen ke kelab itu. Namun perpindahan gagal kerana beberapa masalah teknikal.
Ivan Toney merupakan penyerang antarabangsa England yang bermain untuk negaranya di Euro 2024 yang lalu. Dia merupakan salah seorang penyerang terbaik di EPL sejak membantu Brentford naik ke EPL beberapa musim lalu.
Dikenali dengan gaya permainan pantas dan lincah, Ivan Toney kini sedang menikmati gaji luar biasa di Arab Saudi.
Dia duduk termenung seminit pun dapat £39 bersamaan RM222.20.
Ivan Toneys new wage in Saudi… 🇸🇦
• £20.8 MILLION PER YEAR
• £1.73 MILLION PER MONTH
• £400k PER WEEK
• £57k PER DAY
• £2,380 PER HOUR
• £39 PER MINUTE
• £0.66 PER SECONDHe was on LESS than £40k per week at Brentford. 🤑 pic.twitter.com/PoXVKXfSoI
— EPL Bible (@EPLBible) September 4, 2024