Palermo, Kisah Penjaring Prolifik Argentina Yang Disisih 10 Tahun Kerana Gagal di Copa Amerika 1999

Bagi penyokong Boca Juniors beliau digelar sebagai penjaring paling hebat dalam sejarah kelab itu. Sementara itu sebahagian peminat bola sepak Argentina menggelarkan beliau sebagai donkey.

Ia berikutan kegagalan Martin Palermo menyempurnakan 3 sepakan penalti yang diperolehi oleh pasukan Argentina ketika perlawanan ke-2 peringkat kumpulan Piala Copa Amerika 1999.

Argentina tewas 0-3 pada perlawanan tersebut tetapi mara ke pusingan ke-2 selepas menang pada perlawanan terakhir. Palermo menyumbang 3 gol dalam 3 aksi peringkat kumpulan.

Palermo menerima hukuman berat akibat kegagalan tersebut, beliau tidak lagi dipanggil selama 10 tahun. Diego Maradona menjadi jurulatih Argentina pertama memanggilnya semula ketika beliau mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia 2010.

Ketika itu terdapat segelintir peminat menggelarnya sebagai donkey walaupun sudah disisihkan selama 10 tahun.

Bagaimanapun ketika Palermo disisihkan, beliau mencatat beberapa catatan hebat seperti menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Boca Junior.

236 gol dari 404 penampilan.

Setahun selepas Copa Amerika 1999, Palermo terus mencatat jaringan ke-100 di Liga Premiera dan membantu Boca Junior menjuarai Copa Liberdatores yang pertama sejak 1972.

Palermo menjadi fenomena jaringan setahun sebelum sebelum Copa Amerika 1999 berlangsung. Pemain yang dilahirkan di La Plata ini mula menyertai kelab di bandar tersebut sebagai pemain remaja.

Palermo membuat debut perlawanan profesional bersama Estudiantes La Plata ketika berusia 18 tahun. Menjaringkan gol 34 kali dalam 90 penampilan.

6 tahun selepas itu Palermo menyertai kelab gergasi Argentina, Boca Junior pada usia 24 tahun. Populariti Palermo meningkat dengan drastik.

Palermo hanya memerlukan hanya 2 musim disana untuk membuktikan beliau sebagai penyerang paling prolifik Argentina. Merekod 20 jaringan dari 19 perlawanan Liga Apertura.

Ia merupakan pemain pertama yang mencatat nisbah jaringan 1:1 selepas Hector Scotta melakukannya pada tahun 1975. Musim itu juga Palermo dipilih menjadi pemain terbaik Amerika Selatan.

Sebagaimana pantasnya pemain ini terkenal, karier beliau juga agak pantas jatuh. Kegagalan menyempurnakan 3 sepakan penalti dalam 1 perlawanan menyisihkan nama beliau menjadi sebahagian pemain kebangsaan Argentina selama sedekad.

Maradona memberi sedikit penghargaan kepada beliau apabila memanggil semula menyertai skuad Argentina ketika beliau sudah berusia 36 tahun. Palermo dijadikan sebagai pemain sokongan jika penyerang utama mengalami kecederaan.

Sebulan sebelum Piala Dunia 2010, Palermo menjadi penyerang ke-4 menjaringkan gol paling banyak di Argentina Primera Division. Menyertai Jose Sanfilleppo dengan 227 gol.

Sebulan selepas Piala Dunia tersebut, Palermo mencatat satu lagi rekod, menjadi penjaring sepanjang masa buat Boca Junior selepas merekod 222 jaringan.

Hanya kegagalan 3 sepakan penalti yang membawa kepada rekod guiness book of record menyebabkan Palermo hilang 10 tahun karier di skuad negaranya.

Walau bagaimanupun Palermo tetap digambarkan sebagai penjaring semula jadi, mempunyai fizikal yang kuat, dan mempunyai tandukan sempurna dalam sejarah pemain Argentina.

Walaupun tidak mempunyai kepantasan, teknikal yang hebat dan sudah tersisih agak lama, ia bukan menjadi isu kepada Maradona memberi peluang terakhir kepada pemain itu.

Kekuatan dan kelemahan Palermo seperti Alan Shearer, tetapi tidak menjadi masalah besar kepada England.

Dalam karier 19 tahun karier Palermo, beliau hanya mendapat 15 penampilan bersama Argentina dengan 9 jaringan. Hanya 3 tahun namanya terlibat dengan skuad itu 1999, 2009 dan 2010.

1999 menjadi titik mula dan terus menjadi titik gelap kariernya diperingkat antarabangsa.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang