Palestin dan Syria layak ke kalah mati Piala Asia buat pertama kali di dalam sejarah mereka. Ianya menerusi kemenangan kedua dua pasukan dalam perlawanan terakhir mereka.
Palestine menamatkan kempen kumpulan C dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Hong Kong selepas Oday Dabbagh mencetak 2 gol. Sekaligus membolehkan mereka mara ke pusingan 16 akhir sebagai salah satu daripada 4 pasukan terbai untuk yang menududuki tangga ketiga peringkat kumpulan.
Iran menjuarai kumpulan setelah menewaskan UAE 2-1, di mana skuad Iran mengumpul 9 mata penuh.
Ketika Iran mendahului UAE 2-0, Palestine sebenarnya sudah berada di tangga kedua. Namun gol masa kecederaan oleh pemain UAE Yahya Al-Ghassani telah menolak Palestin kembali ke tangga ketiga dengan peraturan perbezaan jaringan setelah kedua duanya menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan 4 mata.
Palestin mendahului menerusi tandukan deras Dabbagh pada minit ke-12. Kemudian Zeid Qunbar menggandakan pendahuluan mereka.
Dabbagh cemerlang mencetak gol kedua peribadi setelah percubaan Tamer Seyam terkena palang. Dabbagh melakukan susulan kemas.
Hong Kong berpeluang menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan penalti. Namun sepakan Everton Camargo terkena palang.
Palestin meraikan kemenangan itu dengan penuh emosional. Kerana itulah kali pertama mereka menang dalam aksi Piala Asia dan kemudian mara ke pusingan kalah mati.
Palestine get their first-ever Asian Cup win with a 3-0 victory vs. Hong Kong and advance to the last 16 for the first time.
HISTORIC 🇵🇸 pic.twitter.com/4NY4UkF3H0
— B/R Football (@brfootball) January 23, 2024
Mereka meraikan setiap gol mereka dengan simbol keamanan. Memandangkan negara mereka sedang bergolak ketika ini kerana serangan daripada yang seorang tu.
Ramai peminat tumpang gembira dengan pencapaian Palestin di Piala Asia kali ini.
Palestine qualifies to the round of 16 of the Asian Cup for the first time in history. So happy for them💚#AsianCup2023 #Qatar2023 pic.twitter.com/Db6KIUZ2yz
— Rayane Moussallem (@RioMoussallem) January 23, 2024