Palhinha Cedera Bahu, Sebelum Ini Fulham Tolak Bidaan £45 Juta Dari West Ham

Sebelum ini Fulham dilaporkan telah menolak bidaan bernilai £45 juta dari West Ham yang mahu membeli Palhinha sebagai pengganti kepada Declan Rice.

Declan Rice rasmi menyertai Arsenal dengan nilai £105 juta. Yang menjadikannya pemain Inggeris termahal dalam sejarah.

Ketiadaan Rice membuatkan West Ham benar benar berminat dengan Palhinha. Namun kelab itu awalnya menilai Palhinha sebagai pemain bernilai sekitar £30 juta.

Akhirnya mereka mencadangkan harga £40-45 juta kepada Fulham yang terus ditolak oleh kelab itu.

Semalam dalam aksi persahabatan pra musim, pemain tersebut mengalami kecederaan bahu yang dirasakan agak serius.

Selain dari West Ham, nama Palhinha turut dikaitkan dengan Liverpool yang berminat mendapatkan pemain itu untuk menggantikan Jordan Henderson yang sudah terbang ke Arab Saudi.

Malangnya, Jurgen Klopp mungkin harus beralih ke sasaran lain selepas ini.

Palhinha menerima rawatan yang agak lama di atas padang. Dan kelihatan situasi kecederaannya seperti agak serius.

Malah ada yang meramalkan pemain itu boleh berehat sehingga 12 minggu untuk kecederaan tersebut.

Palhinha merupakan salah seorang pemain tengah paling cemerlang secara individu di EPL musim lalu.

Beberapa minggu lalu, Fulham memberikan amaran kepada West Ham bahawa, jika West Ham meletakkan harga £100 juta untuk Declan Rice, maka Fulham meletakkan £90 juta untuk Palhinha.

Ini kerana menurut Fulham, kualiti kedua dua pemain itu adalah tidak jauh bezanya.

Baca yang lain