“Paling Busuk 70k, Kalau Tak, Saya Tak Nak Main” – Ibrahimovic

Rekrut terbaru AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, telah menyeru agar peminat AC Milan datang beramai ramai ke San Siro pada hari debut kedua beliau bersama pasukan itu.

Ibrahimovic tidak mahu penyokong Rossoneri membuatkan debutnya berada dalam keadaan stadium yang lompong sana sini.

Beliau mahu San Siro padat dan sarat dengan para penyokong AC Milan pada hari itu nanti.

AC Milan sudahpun rasmi menandatangani Zlatan Ibrahimovic secara percuma.

Beliau sudah bertekad mahu mengembalikan semula keceriaan San Siro.

Kehadiran Zlatan Ibrahimovic ini diharapkan mampu membantu mereka memperbaiki prestasi kurang memberangsangkan pada musim ini.

Milan berhadapan dengan krisis prestasi yang agak teruk ketika ini.

Walaupun baru sahaja tiba, Ibrahimovic sudah yakin bahawa beliau akan tampil dalam kesebelasan utama berhadapan dengan Sampdoria pada Isnin akan datang – 6 Januari 2020.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini sudah terlibat dalam perlawanan pemanas badan secara tertutup.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan satu gol dan mencipta satu assist.

Jadi, beliau sangat yakin dirinya sudah bersedia untuk bermain di peringkat tertinggi sekali lagi.

Namun Zlatan Ibrahimovic tak mahu debutnya tidak meriah dan seperti konsert orang mati.

Zlatan mendengar sudah 50,000 penyokong AC Milan bertandang ke San Siro esok. Namun angka itu tak cukup bagi beliau.

Ibrahimovic berkata kepada wartawan: “Berapa ramai penonton yang saya harapkan hadir ke San Siro esok?”

“60,000 orang?”

“Tak!”

“Saya nak sekurang kurangnya 70,000 orang, ataupun saya tak akan bermain esok,” tegas Ibrahimovic kepada wartawan.

Ibrahimovic setuju dengan kontrak selama enam bulan dengan opsyen lanjutan selama setahun.

Ibrahimovic sebelum ini pernah menyarung jersi AC Milan dan membantu pasukan itu menjadi Juara Liga Itali. Beliau meninggalkan AC Milan pada 2012.

Sejak meninggal AC Milan, beliau sudah menyertai pasukan seperti PSG, Manchester United dan LA Galaxy.

Pada hari terakhir beliau di LA Galaxy, Ibrahimovic mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong kelab tersebut dan menyuruh mereka selepas ini tumpukan kepada perihal menonton sukan besbol.

AC Milan berjaya memenangi persaingan mendapatkan Zlatan Ibrahimovic meskipun ada beberapa kelab lain yang turut menawarkan kontrak lumayan kepada pemain veteran itu.

AC Milan dalam fasa menyelamatkan kempen mereka musim ini. Milan masih berada di bottom half selepas 17 perlawanan.

AC Milan musim ini sudah memecat pengurus mereka dan menggantikannya dengan Stefano Pioli beberapa bulan yang lalu.

AC Milan yakin bahawa pemain legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan menjadi pemain penting dalam baki kempen mareka musim ini.

Zlatan sendiri menganggap beliau serius dalam usaha membantu Milan. Dan tak datang ke San Siro semata mata mahu menjadi maskot.

https://twitter.com/SportsObama/status/1213584181055434754?s=19

Sifat kepimpinan dan keyakinan yang tinggi ada pada dirinya adalah perkara penting. Beliau juga sangat berpengalaman, itu diharap akan dapat membantu para pemain muda AC Milan.

Beliau juga sudah menyatakan bahawa beliau memang tak akan selaju dan selincah 10 tahun lalu, tetapi beliau akan bermain bijak. Ini dengan melakukan percubaan terus dari jarak 40 meter.

Baca yang lain