Palinha Kecewa Dimaklumkan Dia Tak Akan Dijual Ke Bayern Yang Mungkir Janji

Joao Palhinha telah diberitahu bahawa kelabnya, Fulham, tidak akan membincangkan lagi isu perpindahannya ke Bayern Munich.

Ini selepas Bayern Munich enggan mempersetujui syarat harga seperti yang mereka janjikan pada musim panas lalu.

Pada musim panas lalu, Joao Palhinha hampir menyertai Bayern. Namun berlaku kesilapan pada penghantaran dokumen membuatkan pemain itu tidak dapat didaftarkan perpindahan ke Bayern.

Namun Bayern sudah berjanji akan mendapatkan Palhinha pada Januari dengan tawaran yang sama dengan harga €65 juta. Fulham pula setuju dengan cadangan itu.

Thomas Tuchel sendiri sudah bercakap dengan Palhinha menyatakan dia tumpang simpati dengan Palhinha, kerana gagal memeterai perjanjian itu.

Bayern menunjukkan kesungguhan mereka mendapatkan Palhinha dengan melepaskan Ryan Gravenberch ke Liverpool. Ianya adalah antara syarat untuk Bayern mendapatkan Palhinha. Di mana mereka akan melepaskan Gravenberch sebaik sahaja mereka berjaya mendapatkan Palhinha.

Tuchel benar benar mahukan pemain tersebut menguatkan bahagian tengah Bayern.

Namun malangnya, Bayern pada beberapa bulan lalu memberitahu Fulham bahawa mereka tidak sanggup membayar harga €65 juta untuk Palhinha kerana pemain itu.

Lebih lebih lagi pemain itu sebelum ini berehat panjang kerana masalah kecederaan.

Bayern menyatakan bahawa mereka hanya akan meneruskan rundingan jika harga yang diminta Fulham kurang daripada €65 juta.

Fulham kecewa dengan tindakan Bayern yang dianggap telah memungkiri janji mereka. Namun Palhinha masih berharap agar perpindahan itu dapat dimeterai.

Kerry Hau melaporkan: “Keputusan sudah dibuat, Joao Palhinha dan keluarganya sudah dimaklumkan bahawa perpindahan ke FC Bayern pada Januari bukan lagi perkara yang akan dibincangkan.

“Pemain benar benar kecewa. Dia sudah dijanjikan perpindahan ke Bayern Munich pada akhir Disember lalu.”

Fulham meminta pemain itu kekal profesional dan fokus kepada kelabnya ketika ini.

Pemain itu masih tidak percaya bahawa hasratnya ke Bayern pada Januari kini menjadi hampa. Peminat Fulham sendiri ramai simpati dengan Palhinha. Dengan menyatakan bahawa pemain itu ada alasan untuk kecewa.

Kerana dia telah dijanjikan perpindahan itu. Pada masa yang sama, malang yang menimpa.