Palmeiras Bukan Hospital Untuk Merawat Neymar

Palmeiras tidak berminat untuk menandatangani Neymar walaupun secara percuma. Pemain itu dijangka tidak akan melanjutkan kontraknya di Al Hilal yang akan tamat pada Jun 2025.

Neymar menyertai kelab itu dengan yuran rekod  perpindahan kelab Asia sebanyak €90 juta dari PSG.

Dia menerima kontrak lumayan mencecah €300 juta untuk 2 musim di kelab tersebut.  Namun sejak menyertai kelab Saudi itu, Neymar lebih banyak disisihkan kerana masalah kecederaan.

Agak ironi kerana dia juga masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan ketika menyertai Al Hilal

Kini kelab Brazil, Palmeiras dikaitkan dengan Neymar. Malangnya, presiden kelab, Leila Pereira tidak berminat dengan idea  tersebut. Walaupun ada lembaga pengarah kelab yang berminat dengan idea itu.

Ini kerana menurut Leila, Palmeiras bukannya hospital untuk menerima pemain kaca seperti Neymar.

Dia berkata: “Palmeiras bukan hospital atau jabatan perubatan,” tegasnya secara ringkas.

Neymar sebelum ini masih menaruh harapan mahu kembali semula ke pangkuan skuad kebangsaan Brazil terutama sekali untuk aksi Piala Dunia 2026.

Dengan status kecederaan terbaru dia beberapa minggu lalu, Neymar nampaknya memerlukan kerja keras untuk kembali semula.

Al Ittihad juga dikatakan tidak merancang mahu melanjutkan kontraknya buat masa ini.