Ada juga yang bertanya adakah mungkin untuk Manchester City dipotong mata ataupun disingkirkan ke Liga Championship?
Buat masa ni tiada lagi pihak yang boleh mengesahkan hukuman tersebut. Namun kenyataan ini pastinya membuatkan penyokong Manchester City Mall mampu berlapang dada.
Ramai yang mengambil kajian kes berdasarkan sukan ragbi yang baru-baru ini di mana Saracens telah dipotong mata yang besar kerana kesalahan yang hampir serupa.
@ManCity, doing exactly what @Saracens did, finally get their comeuppance! The question now is whether the Premier League will have the balls to hand out the correct punishment, ie relegated them and strip them of their titles! https://t.co/RZL60wQRGE
— Mike Vine (@mikefjvine) February 15, 2020
Ok buat masa ini EPL tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Manchester City.
Kenapa?
Ini kerana Manchester City baru sahaja dijatuhkan hukuman oleh UEFA. Dan kini mereka diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan.
Manchester City mahu menggunakan peluang yang ada untuk merayu di mahkamah timbang Tara sukan.
Sebentar tadi Man City mengumumkan mereka akan melantik 8 orang peguam untuk mewakili mereka.
Manchester City sent eight lawyers to the CAS appeal, while UEFA sent two – sending a message.
City referred to this operation as “CAS One”, which strongly suggests they always knew there would be a “CAS Two”.
[via @TheAthleticUK] pic.twitter.com/BvUdxVO3nr
— Man City Xtra (@City_Xtra) February 15, 2020
Kenapa sampai dua musim?
Manchester City dikenakan hukuman berat berbanding dengan AC Milan sebelum ini. Hal ini kerana kes mereka melibatkan isu cuba mengaburi UEFA dengan penyata kewangan dan juga penyata tajaan yang palsu.
Sebab itu kesalahan mereka sangat berat. Mereka cuba trick UEFA.
Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.
Kenyataan tersebut telah pun diumumkan secara rasmi oleh UEFA sebentar tadi.
Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.
"This is a case initiated by UEFA, prosecuted by UEFA and judged by UEFA ." 🔵🌙
Manchester City have released a statement following their two-season ban from European football: https://t.co/GjfuDPMNmb pic.twitter.com/SEPufjtMFD
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2020
UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.
Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.
Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.
Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018. Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.
Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi.
Pada korang yang tak faham. Dia macam ni. Pemilik kelab tak boleh sewenangnya menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.
Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.
Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.
Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.
Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.
Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.
Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.
CLUB STATEMENThttps://t.co/ueMFeLFowu
— Manchester City (@ManCity) February 14, 2020
Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.
Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.
Berdasarkan kedudukan semasa, memang nampak jelas Man City akan berada di empat teratas.
Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.
Full story…⬇https://t.co/pipQS0WGe0
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2020
Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.
Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.
Rumusan
Bagi aku hukuman potong mata tu kalau dilaksana mungkin ada logiknya.
Tetapi kalah hukuman turun divisyen tu berat sangat tu. Sebab sebelum ni ada kes melibatkan pasukan Juventus yang diturunkan ke Serie B selepas skandal rasuah.
Itu kes rasuah besar dan ada unsur ugutan. AC Milan ketika itu pula dipotong mata untuk next season.
Namun semua ni ada kemungkinan la. Cuma Premier League tidak dapat mengambil apa apa tindakan sekarang kerana nak tunggu keputusan akhir selepas mahkamah rayuan ataupun CAS.
Artikel ini adalah pandangan peribadi aku. Dan korang boleh juga nyatakan pandangan korang.