Pandangam Jose Mourinho satu ketika dahulu, pada tahun 2019, tentang Marcus Rashford kembali tular setelah prestasi pemain itu terus tidak konsisten.
Mourinho memuji Rashford sebagai pemain muda yang berkualiti dan cepat berkembang menjadi pemain utama Man United serta pasukan England.
Mou berkata: “Dia muda, namun dia pemain yang berpengalaman.
“Satu perkara adalah, kamu muda dan kamu tak cukup minit permainan, satu perkara lagi, kamu muda dan kamu tak pernah bermain.
“Dan satu lagi, kamu muda dan bermain sejak kamu berusia 18 tahun. Dan pada usia 21 tahun kami sudah bermain lebih banyak aksi [berbanding pemain lain sebaya] dalam Liga Perdana Inggeris, dalam pasukan kebangsaan, dalam Liga Juara Juara Eropah, dalam Piala Dunia, Euro, Europa League, jauh lebih banyak daripada pemain yang berusia 24, 25 tahun.
“Pada pandangan saya isu di sini bukan tentang umurnya, namun kualiti yang ada padanya.
“Pada pandangan saya, dia pemain yang ada potensi sangat bagus [ketika muda]. Dia sangat bagus dalam beberapa gaya permainan. Dia pemain yang sangat bagus di posisi tertentu.
“Namun sebagai no.9 atau penyerang utama, saya berpendapat dia bukan pemain yang mampu menjaringkan 30 gol semusim.
“Pada pandangan saya dia tidak akan menjadi lebih baik sebagai no.9. Lebih baik dia bermain di sayap kiri.
“Namun untuk bermain sebagai target man untuk Manchester United dia perlu lebih dominan bermain melawan pasukan yang bermain defensif, bermain blok rendah. Saya rasa ini sukar untuk dia buat.”
Beberapa tahun selepas komen itu Rashford benar benar lebih bagus sebagai pemain sayap.
Peminat United kagum dengan pandangan Mourinho.
Peminat United menjelaskan Rashford pernah sekali sahaja mencetak 30 gol semusim. Namun 13 daripada adalah dalam pertandingan Piala. Dan dia musim tersebut banyak bermain di sayap kiri.
Mourinho on Rashford way back in 2019. He was low-key shutting down this whole "Rashford is young he'll automatically become world class" argument. pic.twitter.com/J5nUupi2AY
— Belkace (@Belkace_RM) December 28, 2024
Pada era Ten Hag, pengurus itu pernah cuba menjadikan dia no.9 namun dia kurang menjadi dalam posisi tersebut walaupun dia cemerlang pada musim awal Ten Hag.
Di bawah kendalian Ruben Amorim, pengurus itu dikatakan ada mempertimbangkan untuk meletakkan Rashford sebagai no.9 memandangkan sumbangannya ketika bertahan tidak cukup bagus untuk bermain di bek sayap atau penyerang dalam [inside forward].
🚨This game by Rashford was one year ago against Newcastle, i can find 10+ games of him like this just last season.
He was never good on the pressing game, and in the AMORIM SYSTEM you need to press or you are OUT! #MUFC
— Manchester United Forever (@Utd_Forever7) December 24, 2024
Kini pemain itu dikatakan tidak mendapat tempat dalam skuad Amorim. Malah tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Malah Man United dikatakan sudah memberikan lampu hijau kepada Amorim untuk menjual Rashford jika pengurus itu mahu berbuat demikian. Ini kerana Rashford bukan lagi pemain yang untouchable dalam United.