Pandelela Cipta Sejarah, Rakyat Malaysia Pertama Raih Emas FINA Diving World Cup

Penerjun kebanggaan Malaysia, Pandelela Rinong mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas di kejohanan FINA Diving World Cup 2021 yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.

Pemenang pingat Olimpik dua kali itu mempamerkan aksi terjunan yang konsisten dan kemas dalam acara akhir platform 10 meter wanita.

Tamat terjunan pertama Pandelela Rinong yang merupakan anak kelahiran Sarawak itu sekadar menduduki kedudukan keempat dan memperbaiki terjunan untuk pusingan kedua serta terus mendahului carta mata.

Terjunan cantik, menarik dan tertarik lagi konsisten Pandelela Rinong selepas terjunan kedua menyaksikan Padelela berada di kedudukan emas sehingga terjunan terakhir.

Selepas selesai melengkapkan lima terjunan, Pandelela Rinong mengumpul 355.70 mata mengatasi penerjun Jepun Arai Matsuri ditempat kedua dengan 342.00 mata.

Penerjun Kanada, Caeli Mackay meraih gangsa selepas melakukan terjunan terbaik di pusingan akhir dengan memotong tang konar untuk meraih 338.55 mata.

Berikut merupakan keputusan penuh acara akhir platform 10 meter wanita FINA Diving World Cup 2021:

1. Pandelela Rinong (Malaysia)- 355.70 mata

2. Arai Matsuri (Jepun) – 342.00 mata

3. Caeli Mackay (Kanada) – 338.55 mata

4.Andrea Spendolini Sirieix (Great Britain) – 333.90 mata

5. Sarah Jodoin di Maria (Itali) – 324.56 mata

6. Luliia Timoshinina (Rusia) – 306.85 mata

7. Gabriela Agundez Garcia – 299.10 mata

8. Montserrat Gutierrez Lavenant – 296.30 mata

9. Anna Konanykhina – 291.75 mata

10. Ingrid Oliveira – 290.10 mata

11. Christina Wassen – 281.00 mata

12. Kwon Halim – 276.95 mata

Kemenangan pingat emas daripada Pandelela Rinong ini menyaksikan Lagu Negaraku berkumandang di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun. Satu lagi saat membanggakan dicoretkan oleh Pandelela Rinong.

Pandelela Rinong mara ke final selepas melepasi pusingan separuh akhir dengan menamatkan aksi terjunan ditangga ketiga dengan mengumpul 333.00 mata.

Sementara itu bekas juara dunia Cheong Jun Hoong yang kembali beraksi selepas pembedahan lutut pada tahun 2018 gagal lepas ke separuh akhir.

Penerjun dari Perak yang berusia 31 tahun itu menamatkan saingan di pusingan awal ditempat ke-18 dengan 237.35 mata.

Walaupun baru kembali dari kecederaan, Cheong Jun Hoong telah pun berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada tahun 2018 Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong mencipta sejarah apabila meraih pingat emas di kejohanan FINA Diving World Series 2018 yang berlangsung di Montreal Kanada.

Pandelela dan Jun Hoong meraih tempat pertama dalam acara 10m Synchronised wanita sekaligus menjadi emas pertama yang berjaya diraih rakyat Malaysia dalam kejohanan ini.

Sumber: The Sukan

Baca yang lain