Panduan Ringkas: Kedah vs JDT

Malam ni semua kita tahu, salah satu acara terbesar tahunan dalam bola sepak kita berlangsung malam ni melibatkan Kedah vs JDT.

Final ini yang kedua mempertemukan mereka dalam 3 tahun terakhir ini. Sebelum ini pada 2017 mereka bertemu juga di final Piala Malaysia dan JDT memenanginya dengan skor 2-0.

Formasi

Saya jangkakan Kedah akan tampil dengan sistem 4-2-3-1 untuk memberikan kestabilan cepat mengimbangi impak JDT di tengah.

JDT tiada alasan tak pakai 4-3-3 jika trio serangan mereka cergas kesemuanya.

Penjaga gol

Farizal dan Ifwat antara 2 penjaga gol terbaik di negara kita ketika ini. Mereka berdua memiliki pengalaman yang sangat luas dalam malam final seperti ini.

Jadi, rasanya tiada isu gementar melibatkan penjaga gol.

Namun kedua-duanya kerap berhadapan dengan isu error juga dalam beberapa perlawanan musim ni.

Ifwat ada isu dengan misjudge dalam beberapa perlawanan.

Dan Farizal bula ada isu dengan sweeping dia sebab sistem JDT yang high line, keeper kena naik juga dalam masa-masa tertentu.

Farizal harus fokus kepada positioning dia juga ketika opponent di luar box. Kerana ada beberapa game dia kena di near post.

Tengah

Secara jujur aku cakap, ini akan menentukan perlawanan. Terutama sekali pasukan Kedah. Mereka nak elak JDT terlalu dominan di tengah.

Kedua dua pasukan memiliki unit tengah yang baik dan seimbang. JDT pasti dah ada plan nak elakkan Baddrol buat laser pass di tengah tu.

Serangan

Rekod gol kedua-dua pasukan dalam Piala Malaysia sangat baik. Safawi Rasid dan Fernando Rodriguez merupakan penyerang prolifik dalam kancah liga Malaysia musim ni.

Dari segi teamplay, JDT menekankan combination play dan fluiditi.

Untuk Kedah, mereka lebih menekankan directness dan tak banyak bermain dengan bola.

Isu width

JDT memiliki kekuatan untuk attack dari deep di bahagian sayap dengan bek sisi mereka.

Kedah pasti kehilangan sedikit spark itu kerana Rizal Ghazali digantung perlawanan.

Namun JDT harus bermain seperti mana mereka lawan Selangor tempoh hari. Tak perlu tolak bek sisi terlalu advance kerana Kedah ada kualiti nak tebuk space di belakang tu.

Kedah harus memikirkan soal disiplin track back. Jadi sesiapa yang main wing perlu rajin nak turun.

Perlawanan seimbang?

TMJ menyatakan ini perlawanan 50-50. Sebenarnya cup competition ini tak sama dengan league game. Sebab tu TMJ cakap macam tu.

Pasuka Kedah ada pengalaman yang sangat baik dalam cup competitions, sama ada Piala FA ataupun Piala Malaysia.

4 kali mara ke final dalam masa 5 tahun tu bukti mereka memang tipikal pasukan yang tahu cara bermain di final cup competition.

Perlawanan ini perlu elakkan kesilapan individu terutama sekali foul yang tak perlu dan membuatkan pemain sukar nak melakuka  bentesan seterusnya kerana takut kad merah.

Final yang bagus sentiasa 11 v 11.

All the best kepada kedua-dua pasukan.

Baca yang lain