Panduan Ringkas Kenali Pivot Tunggal Atau Kembar

Pivot ni merujuk kepada pemain tengah paling bawah. Jadi mereka memang no.6 ataupun defensive midfielder.

Dalam bola sepak ada 2 sahaja jenis pivot. Sama ada pivot tunggal/lone pivot ataupun pivot kembar/double pivot.

Jangan nak pepandai cakap Tripple pivot hanya kerana anda melihat 3 pemain tengah duduk flat dalam satu masa dalam formasi seperti 4-3-3.

Nah contoh:

Ok ini selalunya ada yang cakap tripple pivot. Mungkin terlalu terpengaruh dengan tripple captain agaknya.

Dalam posisi yang selari ni biasanya ia muncul untuk bertahan. Dan korang kena check posisi 3 pemain tu masa fasa build up. Siapa yang biasanya duduk paling bawah. Tapi kebanyakan dan biasanya, saya ulangi kebanyakan dan biasanya, yang flat 3 macam ni adalah lone pivot.

Dan dalam bola sepak yang berasaskan sistem moden mereka gemar dengan 4-3-3 dan sistem moden mostly suka dengan 4-3-3.

Macamana dengan 4-4-2? Adakah semua 4-4-2 adalah lone pivot? Boleh dikatakan kebanyakannya. Sebab tu la pengurus pakai 4-4-2, sebab nak dua pivot mengimbangi kiri dan kanan.

Misalnya gandingan Carrick dan Scholes dalam sistem 4-4-2 Ferguson satu ketika dahulu. Scholes adalah box to box dan Carrick adalah lone pivot.

Fergie tak suka jadikan Scholes sebagai pivot sebab dia lemah dalam tackling. Dia akan mendedahkan bahaya termasuk risiko kad merah sebagai last man.

Ini contoh 4-4-2 bukan lone pivot. Biasanya sistem Inggeris 4-4-2 klasik suka pakai macam ni kalau mereka ada box to box player.

Susunan ini yang dipanggil midfielder 4 tak simetri, tak selari, tak flat, tak seimbang ataupun asymmetrical.

Namun itu bukan bermaksud Paul Scholes tak boleh main pivot. Ada kalanya Fergie pakai double pivot dengan arahkan Scholes jadi second pivot.

Misalnya di Arsenal, Unai Emery suka gunakan Xhaka dan Guendouzi sebagai pivot kembar. Sebab tu dalam build up anda akan dapati kedua-dua pemain kerap turun secara shift.

Salah seorang akan jadi halfback untuk fasa build up dari belakang.

Berbanding dengan di Liverpool, Fabinho jelas pivot tunggal dan dia yang akan jadi half back.

Ianya bergantung kepada taktikal pengurus.

Ini cuma post ringkas pasal pivot berdasarkan cara mengenal pasti pivot tu pivot tunggal atau kembar.

Ada sesetengah Formasi memang akan terus merujuk kepada pivot tunggal seperti 4-1-4-1, 4-4-2 diamond. Itu antara contoh.

 

 

Baca yang lain