Maghribi membuat kejutan terbesar dalam pusingan 16 akhir pada Piala Dunia 2022 kali ini. Mereka menyingkirkan pasukan heavyweight Sepanyol untuk mara ke suku akhir.
Sepanyol hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan. Sepanyol memiliki 77% penguasaan bola dengan 1, 1019 hantaran dilakukan.
Namun dari segi kreativiti, skuad bimbingan Luis Enrique cuma melakukan 13 percubaan sepanjang 120 minit aksi dan cuma ada 1 percubaan tepat sahaja dicatatkan.
Ianya rekod yang sangat teruk di hadapan gawang lawan.
Maghribi yang melakukan 6 percubaan sahaja telah mencatatkan 2 percubaan tepat.
Sepanyol turun sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, memandangkan mereka juga antara pasukan pilihan untuk bergelar juara Piala Dunia 2022.
Maghribi berjaya bertahan dengan ampuh sepanjang 90 minit dan mengheret perlawanan ke masa ekstra 30 minit.
Mereka meneruskan kekentalan ketika bertahan untuk memastikan aksi ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Dalam penentuan penalti, 3 pemain Sepanyol gagal menyempurnakan sepakan penalti. Sarabia, Carlos Soler dan pemain veteran Sergio Busquets kesemuanya gagal. Memastikan Maghribi menang 3-0 dalam penentuan penalti.
Itu juga sumbangan terakhir daripada pemain veteran yang juga legenda Sepanyol Sergio Busquets untuk negaranya dalam Piala Dunia,
Ini adalah sejarah gemilang buat Maghribi. Bintang Maghribi. Achraf Hakimi pastinya menjadi tumpuan.
Achraf Hakimi celebrating with his mother after defeating Spain in the Round of 16 is everything ❤️🇲🇦 pic.twitter.com/XPiBNtHpNc
— ESPN FC (@ESPNFC) December 6, 2022
Ini kerana dia merupakan pemain yang lahir di Sepanyol, membesar di negara tersebut dan membangunkan bola sepaknya di sana,
Dia kemudian menolak untuk mewakili Sepanyol kerana mahu bermain untuk negara datuk neneknya.
Hari ini dia melakukan penenka untuk menyingkirkan Sepanyol dan menghantar negaranya ke pentas suku akhir.
Achraf Hakimi was born and raised in Madrid to Moroccan parents, spent the first years of his life in Spain, and rejected approaches from Spain to play for the Morocco national team.
Today, he scored a panenka penalty against Spain to send Morocco to the quarterfinals. pic.twitter.com/w5bMINAmbz
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 6, 2022
Aksi panenka Hakimi benar benar memukau peminat.
Achraf Hakimi, panenka to win the game! Incredible Hakimi, incredible Morocco, incredible atmosphere!! pic.twitter.com/PjtUVOkVgs
— Julien Laurens (@LaurensJulien) December 6, 2022