Panik Tisu Tandas Habis, Peluang Syarikat Bidet Didik Mat Salleh Cebok

Sekarang ini semua orang tengah panik sebab serangan koronavirus. Di USA dan Eropah, serta Australia, berlaku pembelian panik makanan dalam tin, penutup muka, sanitizer dan tisu tandas.

https://twitter.com/i/status/1237259161987137536

Mat Salleh ni mana cebok pakai air. Ada segelintir je berbuat begitu. So diorang pun berebut rebut nak beli tisu tandas ni. Siap ada yang bergaduh lagi sebab berebutkan stok.

Di sebalik apa yang berlaku ini, Business Insider melaporkan syarikat yang memasang bidet (hos air pencuci di tandas) telah berjaya mendapatkan jualan yang luar biasa.

Ramai yang panik dan mulai menjadikan bidet sebagai alternatif.

Syarikat Brondell antara yang menikmati penjualan stok yang meningkat naik. Selain itu sebuah lagi syarikat iaitu Hygiene for Health turut merasai kesan yang jelas ketara.

Sikap tamak haloba beberapa manusia yang tak nak kalah dalam menambahkan stok tisu tandas ini membuatkan banyak pasaraya kehabisan stok.

Brondell syarikat yang membekalkan pelbagai jenis bidet yang boleh dipasang di pelbagai bahagian di dalam tandas, termasuk yang terus tembak korang dari bawah tu.

Jurucakap kepada Brondell iaitu, Daniel Lalley memberitahu Business Insider, permintaan ke atas produk mereka meningkat sehingga 1,000 unit sehari.

Syarikat mereka mendapat pulangan $100,000 sehari dari jualan di Amazon – ketika peak – sebab panik koronavirus ni.

Beberapa kedai mereka di cawangan cawangan tertentu menikmati kenaikan jualan secaran purata 300%.

Brondell merupakan syarikat yang seringkali mempromosi cucian dengan air berbanding dengan tisu.

Mereka juga pernah berkempen bahawa cucian air lebih bersih daripada tisu. Namun susah nak ubah budaya mat salleh ini.

Brondell melihat ada kebaikan juga di sebalik semua ni. Sebab ia secara tak langsung mendidik lebih ramai orang berubah kepada bidet.

Scheer berkata: “Ketika perang mendapatkan tisu tandas sedang berlaku, inilah peluang untuk komuniti yang mengamalkan bidet ni mendidik masyarakat tentang kebaikan, kelebihan dan kebersihan mencuci bontot korang tu dengan air.”

Mereka turut memberikan tutorial ringkas cara mencuci dengan air. Cilaker, ini pun ada.

Masalah utama Brondell ketika ini, permintaan terlampau tinggi dan mereka sukar nak memenuhi permintaan.

Beberapa syarikat bidet ini mulai yahudi. Misalnya GoBidet 2003C keluaran Health’s Debbie Chamberlin – meningkat 50% daripada harga asal kepada  $146 ataupun RM632 di Amazon.

Banyak lagi syarikat yang lain mengambil kesempatan untuk menjual produk bidet mereka pada ketika ini. Sebelum ni sendu je jualannya.

Mat Salleh ni gila agaknya. Benda macam ni tak perlu beli Amazon pun. Beli baldi kat kedai dua dollar kemudian beli la gayung.