Papa Messi Resah, Hotel Mewah Di Barcelona Diarahkan Untuk Dirobohkan

Walaupun Messi seringkali dianggap sangat dekat dengan bandar Barcelona, kerana sudah menetap di sana sejak kecil. Malah hampir mewakili Sepanyol sebagai pasukan kebangsaan, namun Messi tetap tidak terlepas daripada piawaian kerajaan.

Terbaru, hotel yang dimiliki oleh Lionel Messi di Barcelona yang bernilai £26 juta kini diarahkan untukn dirobohkan kerana tidak menepati standard ataupun piawaian yang ditetapkan kerajaan tempatan.

Berita itu ketika Messi masih lagi meraikan kejayaan merangku Ballon d’Or ketujuhnya. Menjadikan Messi sebagai manusia paling banyak menyimpan bola bola emas di rumahnya, ibarat sudah lengkap koleksi 7 mutiara naga.

Messi memang seorang usahawan yang berjaya selain daripada bermain bola sepak. Kebanyakan perniagaannya diuruskan oleh ayahnya yang juga merupakan pengurus peribadi dan ejennya.

Messi memiliki beberapa rantaian hotel di beberapa tempat.

Namun hotel beliau di Barcelona menjadi subjek hangat. Holeh MiM Sitges bertaraf 4 bintang dengan 77 bilik. Ianya terletak di kawasan tanah yang dimiliki Messi secara persendirian di Catalonia.

Selain daripada mempunyai 77 bilik tidur, hotel tersebut turut memiliki lima suite junior dan satu suite, dan berharga sekitar £105 setiap malam untuk bilik standard.

Sky Bar di atas bumbung yang menjadikan Hotel MiM Sitges sangat menarik dan menonjol. Ia menawarkan kolam renang dan pemandangan indah bandar dan Laut Mediterranean, serta pelbagai jenis koktel untuk dinikmati.

Hotel ini juga mempunyai spa bertaraf dunia. Selain rawatan dan urutan, terdapat juga kemudahan hidroterapi yang mempunyai sauna, mandian Turki, pancuran air, kolam rekreasi, air terjun, dan kolam air masin.

MiM Sitges Hotels dibina berkonsepkan hotel mesra alam, dengan 80 peratus bahan yang digunakan untuk pembinaan bangunan dikitar semula. Hotel ini mempunyai tangki untuk mengumpul air sisa dari setiap pancuran yang kemudiannya ditapis, dibersihkan, dirawat dan digunakan di tandas dan untuk menyiram tumbuhan.

Menurut El Confidencial, mahkamah mengarahkan agar hotel mewah itu dirobohka keranan tidak mematuhi peraturan dan piawaian kerajaan.

Messi, yang juga memiliki hotel di Ibiza dan Mallorca dengan Majestic Hotel Group, membelanjakan 26 juta pound untuk membina Hotel MiM di Sitges, terletak 35km di selatan pusat bandar Barcelona.

Hotel hanya berjarak 1 kilometer dari laut menjadikannya sebagai hotel yang sangat menyamankan. Ianya dibina pada 2017.

Pihak Messi agak terkejut dengan arahan itu. Kerana hotel itu sudah dibina lama.

Messi dikatakan hanya mendapat tahu perkara itu daripada wartawan. Messi terkejut ketika diminta mengulas insiden itu. Wartawan menganggap bahawa pihak pengurusan Messi merahsiakan perkara itu daripada La Pulga.

Arahan itu dikeluarkan oleh majlis perbandaran Sitges kerana ketidakpatuhannya terhadap peraturan bangunan.

Salah satu masalah hotel tersebut adalah balkoni terlalu besar. Struktur hotel tersebut bergantung kepada balkoni itu. Dan dilihat sebagai sangat berisiko untuk runtuh.

Messi mungkin boleh mengelak daripada merobohkan bangunan tersebut secara total. Kerana terdapat cadangan bahawa, Messi boleh meminta untuk mengubahsuai balkoni hotel itu agar lebih kecil.

Selain itu, hotel Messi juga gagal dalam audit untuk pencegahan kebakaran dan kecemasan. Sistem kecemasan mencegah kebakaran mereka tidak berfungsi dengan sempurna.

Papa Messi iaitu Jorge Messi dilaporkan tidak mahu perkara tersebut menjejaskan imejnya dan anak kesayangannya. Lebih lebih lagi sebelum ini Jorge dan Leo Messi terlibat dalam masalah cukai di Sepanyol.

Walaupun berasal dari Argentina, Messi sebenarnya permastautin tetap di Barcelona bersama dengan isteri dan anaknya.

Kini mereka menjalani kehidupan di Paris.

Baca yang lain