Paparan Bagaimana Ronaldo x Rooney Mengajar Dunia Counter Attack Merecik

Siapa yang akan lupa dengan gandingan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo ketika di Man United pada satu ketika dahulu.

Mereka juga pernah membentuk gandingan gila babi power bersama bekas pemain West Ham United iaitu Carlos Tevez.

Manchester United telah bermurah hati untuk belanja satu video serangan balas daripada Wayen Rooney dan Cristiano Ronaldo ketika aksi berhadapan dengan Bolton Wanderers.

Ianya bermula daripada defensive third. Kedua dua pemain melakukan serangan dari halfspace sebelah kiri.

Rooney kemudian melebarkan sedikit padang / widen the pitch ke wide area.

Berlaku pertukaran hantaran di antara kedua dua pemain untuk mengatasi tekanan ke atas mereka.

Ronaldo menghantar kepada Rooney dan Rooney kemudian melakukan first time pass dengan backheelnya.

Ronaldo menggerakkan bola dengan kepantasan, dan Rooney melakukan off the ball running yang kemas, mengelak daripada terlalu jauh dan ofsaid.

Pada masa yang tepat Ronaldo mengembalikan bola kepada Rooney yang kemudian masuk ke half space.

Daripada situasi 2 v 4. Mereka mewujudkan 2 v 3 dan kemudian 1 v  1 di anatara Rooney dan penjaga gol.

Namun ada juga sokongan daripada sayap kanan tiba pada lewat fasa. Cuma fokus kita kepada usaha mereka berdua.

Mewujudkan 2 v 4, eliminating satu persatu lawan sehingga 1 v 1.

Lihat di sini:

Cantik bukan?

Ia adalah serangan balas yang menggabungkan kepantasan, skil, teknik dan kejituan di dalam hantaran dan gerakan.

Serangan balas yang baik itu haruslah ada kepantasan dan ketajaman. Dua elemen asas itu ditambah dengan skil yang ada pada Rooney dan Ronaldo.

Misalnya backheel pass daripada Rooney dan kemudian bullet speed dribble daripada Ronaldo.

Masa yang dicatatkan untuk serangan balas itu hanyalah 10 saat. Memang luar biasa apabila ia melibatkan 2 pemain yang dikepung.

Kedua dua pemain mencipta 23 gol sepanjang musim 2006/07. Kecemerlangan mereka membantu Sir Alex Ferguson merampas semula kejuaraan dari tangan Jose Mourinho dan Chelsea.

Mesti penyokong Man United rindu zaman Tun Fergie kan?  Pakai 2 pemain je cukup penuh gol satu troli.

Rooney dan Ronaldo adalah legenda hidup Man United. Wayne Rooney meninggalkan Man United sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Red Devils.

Ronaldo meninggalkan United selepas memenangi Ballon d’Or dan membantu pasukannya memenangi banyak trofi domestik dan UCL.

Ronaldo kemudian mencipta namanya lebih besar bersama dengan Real Madrid. Ye la, dah memang benih yang baik kan?

Dan kemudian kembali semula ke Manchester United, menyertai mereka dari Juventus. Ronaldo masih menjadi pemain utama dalam pasukannya.

Sukar untuk mencari ganti dua pemain ini. Mereka adalah legenda di kelas tersendiri.

Wayne Rooney dikenali dengan gayanya yang lebih lasak dan stamina yang tak pernah padam. Pemain yang sedia untuk melakukan apa sahaja di atas padang demi kemenangan.

Sementara Ronaldo, lebih signifikan dengan flair dan juga skill kaki yang serba serbi ada padanya. Beliau sangat pantas dan tajam di hadapan gol termasuk ketika situasi bola di udara.