Lucas Paqueta kini berdepan dengan hukuman penggantungan seumur hidup kerana kesalahan berjudi haram.
Paqueta sebelum ini didaikwa sengaja mendapatkan kad kuning dengan tujuan sengaja mempengaruhi keputusan pertaruhan.
Paqueta pernah dipancing oleh Man City dabn kelab itu sedia membayar harga sehingga £90 juta untuk mendapatkan khidmatnya.
Namun impian Paqueta menyertai skuad Guardiola tidak kesampaian kerana dia telah disiasat untuk kes perjudian.
Lucas Paqueta mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia tidak bersalah.
Dia malah menganggap terlalu ramai membuat cerita tidak betul tentang kes itu yang mempengaruhi keputusan juri ke atas penghakimannya.
Sumber daripada Brazil menyebut bahawa terlalu banyak informasi dan spekulasi tentang perkara itu membuatkan Paqueta kini berdepan risiko mendapat penghakiman yang berat sebelah tidak memihak kepadanya.
Dalam laporan dikeluarkan oleh Marca, Lucas Paqueta didakwa sengaja mengutip kad kuning dalam 4 perlawanan demi untuk mempengaruhi keputusan perjudian atas talian. 4 perlawanan itu adalah vs Leicester City pada 12 November 2023; vs Aston Villa pada 12 Mac 2023; vs Leeds Unitedn pada 21 Mei 2023; dan vs AFC Bournemouth pada 12 Ogos 2023.
Bukan itu sahaja, dalam laporan terbbaru oleh akhbar Marca, Paqueta didakwa sudah melakukan perbuatan itu sejak 2022, untuk menguntunggkan ramai pihak di Brazil terutama sekali kenalannya.
Dilaporkan salah satu kad kuning itu berlaku pada harijadi sepupunya di Brazil. Paqueta didakwa menghubungi sepupunya itu untuk bertaruh dia mendapat kad kuning pada aksi tersebut.
Sky Sports melaporkan bahawa FA England kini sedang dalam proses akhir siasatan ke atas Paqueta. Dan pemain itu berdepan dengan hukuman penggantungan seumur hidupnya.
West Ham sebelum ini membeli pemain tengah itu dari Lyon dengan nilai £51 juta. Dan kini pemain itu berisiko untuk menamatkan kariernya di kelab itu kerana hukuman berat tersebut.
Exclusive: West Ham midfielder Lucas Paqueta’s hearing into alleged breach of FA's betting rules due to take place this month and will last three weeks, Sky Sports News understands.
The FA are seeking a lifetime ban for Paqueta. pic.twitter.com/hVzP7zvMY1
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 5, 2025
Peminat West Ham menganggap Paqueta sebagai legenda hidup kelab itu kerana assistnya membantu West Ham memenangi UEL ketika di bawah kendalian David Moyes.