Lucas Paqueta disiasat oleh FA atas pertuduhan terlibat dalam perjudian bola sepak.
FA England telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lucas Paqueta kini disiasat atas kes perjudian melibatkan pertaruhan bola sepak.
Dan kini West Ham dalam keadaan resah menunggu sama ada pemain tengah itu akan dikenakan tindakan oleh FA England.
Hal ini kerana sebelum ini FA England sangat tegas dalam isu berkaitan dengan skandal perjudian.
Ivan Toney antara pemain yang dihukum oleh FA England kerana terlibat dalam pertaruhan yang melibatkan perlawanan yang dia ada bermain.
Sebelum ini Kieran Trippier juga dikenakan tindakan kerana didapati mengarahkan kesemua rakan rakan dan saudara terdekatnya untuk meletakkan pertaruhan bahawa dia akan berpindah ke Atletico Madrid pada satu masa dulu.
Dan sekarang ini, Paqueta disiasat atas kesalahan melibatkan pertaruhan bola sepak.
Segalanya bermula apabila FA England mengesyaki kad kuning Paqueta menentang Aston Villa pada 12 Mac lalu agak meragukan.
Siasatan awal mendapatkan bahawa, pada hari itu, ada beberapa akaun pertaruhan baharu dicipta di Betway. Dan kesemua akaun itu adalah milik mereka yang dekat dengan Paqueta.
Mereka kemudian mempertaruhkan wang pertaruhan maksimum yang mereka dapat.
Dalam satu butiran pertaruhan ditulis: Mereka yang bertaruh akan mendapat wang jika Paqueta mendapat kad kuning menentang Villa, jika penyerang Betis, Luis Henrique turut menerima kad kuning dalam aksi menetang Villarreal pada hari yang sama 12 Mac 2023.
Ajaibnya kedua dua mereka masing masing masing mengutip kad kuning pada hari yang sama.
Kini Luis Henrique turut disiasat oleh FA Sepanyol.
Ketika siasatan rancak dibuat, terdapat satu lagi kes dikaitkan dengan perjudian melibatkan Paqueta.
Di mana pemain itu disyaki sengaja melakukan kekasaran untuk mengutip kad kuning pada aksi pembukaan EPL musim ini menentang Bournemouth.
Paqueta menerima kad kuning pada masa kecederaan 90+4.
Lucas Paqueta is being investigated for ‘betting on yellow cards’.
He did this in the 94th minute against Bournemouth last week… 😬
— Barstool Football (@StoolFootball) August 18, 2023
Impak kepada perkara ini adalah, Manchester City pada hari ini dikatakan secara rasminya menamatkan sebarang rundingan untuk mendapatkan Paqueta.
Sebelum ini City telah menangguhnkan dahulu rundingan dengan West Ham.
City pada masa itu sudah pun membida £70 untuk Paqueta namun West Ham meminta sekitar £100 juta untuk pemain tersebut.
City masih cuba untuk berunding harga dengan West Ham kerana mereka benar benar mahukan pemain itu. Namun dengan syarat bahawa Paqueta harus membersihkan pertuduhan ke atasnya segera dalam masa terdekat.
Malangnya kini dia dirundung dengan satu lagi pertuduhan ke atasnya. Sekaligus menutup pintu serapatnya untuk rundingan ke Man City.
Manchester City’s move to sign Lucas Paqueta from West Ham United is now totally off ❌ pic.twitter.com/0RGbJvSXiK
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 22, 2023