Parah! Rossi Terang Terang Tolak Tawaran Yamaha: “Ducati Lebih Baik Untuk Kami”

Yamaha terdesak mahu menjadikan pasukan milik Valentino Rossi, VR46 sebagai pasukan satelit mereka.

Dengan RNF rasmi keluar daripada Yamaha, kini Yamaha cuma ada 2 motosikal sahaja yang akan berada di litar pada musim 2023.

Rossi antara nama yang cukup dekat dengan Yamaha. Namun pemilik VR46 itu menolak untuk menyertai Yamaha pada musim akan datang.

Dia menafikan spekulasi bahawa dia sudah menandatangani kontrak dengan Yamaha untuk menjadikan VR46 sebagai pasukan satelit mereka pada 2024, sedangkan kontrak semasa VR46 dengan Ducati berakhir pada 2024.

Bermakna ada rundingan untuk ‘membeli’ baki kontrak daripada Ducati.

Lin Jarvis, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, dilaporkan telah menghubungi Il Dottore untuk mengetahui bila dia boleh memeterai perkongsian dengan Yamaha.

Perjanjian akan melibatkan banyak isu berkaitan struktur, kepakaran pasukan dan beberapa kerjasama lain.

Malangnya Rossi menyatakan pelumba pelumba beliau sekarang ini sangat selesa dengan Ducati. Yamaha semakin tidak digemari pelumba kerana kegagalan mereka membentuk motosikal berkualiti terutama sekali untuk satelit.

Walaupun Fabio Quartararo menjadi juara dunia sebelum ini dan menjadi naib juara pada edisi yang lalu, namun dia sendiri mengakui motosikal Yamaha jauh di belakang Ducati dan Suzuki dari segi prestasi.

Malah Quartararo turut meluahkan kekecewaannya apabila dia gagal menjadi juara dunia musim ini walaupun jurang mata yang jauh pada pertengahan musim.

Kegagalan dia memenagi perlumbaan penting pada separuh kedua musim membuatkan dia terlepas kejuaraan dunia.

Rossi bercakap mengenai minat Yamaha ke atas pasukannya. Dia berkata kepada Paddock-GP: “Pasukan VR46 terdiri daripada orang yang sangat serius, pelumba gembira dengan Ducati . Keputusan yang mereka peroleh membuktikannya. Saya kasihan dengan Yamaha…tetapi…. [saya mengutamakan keselesaan pelumba].”

Jika terdapat sebarang keraguan tentang kehendak Rossi, jawapannya jelas. Terdapat beberapa sebab untuk ini. Pertama, Rossi tidak mahu membuang masa untuk menamatkan kontrak semasa yang sebenarnya berakhir pada 2024.

Rossi masih mahu terlibat dalam projek yang mereka rancang bersama Ducati.

Selain itu, Rossi dengan terang terang menganggap Ducati jelas merupakan motosikal terbaik di grid, kerana Yamaha sedang melalui salah satu fasa terburuk dari segi prestasi kolektif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Prestasi Quartararo seringkali mengkaburi krisis prestasi motosikal Yamaha. Ramai pakar percaya, Quartararo terlalu bagus dari segi skil kendalian sehingga membuatkan Yamaha masih mampu bersaing.

Walaupun Rossi sudah menyatakan dia menolak untuk menyertai Yamaha pada 2024, namun presiden FIM, Jorge Viegas pula masih yakin bahawa VR46 akan tetap bernaung di bawah Yamaha pada 2024.

Yamaha dijangka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula Rossi daripada Ducati seperti mana mereka pernah lakukan sebelum ini ketika Rossi bergelar pelumba. Di mana Ducati dan Yamaha pernah berebut Rossi beberapa kali.

Baca yang lain