Paralimpik: Pakai Sellotape Baiki Kerusi Roda Yang Disabotaj Dan Menang Emas

Seorang paralimpian berjaya mengatasi cabaran kerusi rodanya disabotaj oleh lawannya.

Di mana dia telah membaikinya dengan pita pelekat / sellotape. Paralimpian bernama Peter Genyn dari Belgium, turun untuk sesi memanas badan dalam acara pada 3 September lalu.

Dia mendapati kerusi rodanya ada masalah. Di mana roda depan dipancitkan dan compesator (besi pada kerusi roda) itu patah.

Dengan aksi final acara 100 meter T51, tinggal dua jam sahaja lagi dan masih ada 45 minit sahaja menuju sesi memanas badan, Genyn dan pasukannya bertungkus lumus memastikan beliau dapat bertanding dengan lancar.

Bercakap kepada Japan Times, Genyn berdepan dengan masalah yang serupa dalam peringkat separuh akhir sebelumnya. Dengan roda depan kerusa rodanya seolah olah ada kesan pisau.

Namun dia dan pasukannya tidak menganggap itu tindakan sabotaj. Tetapi apabila menjelang final, mereka berdepan dengan masalah yang sama, malah lebih teruk, besi pemegang pada kerusi roda pun patah, mereka akhirnya mengesyaki itu adalah tindakan sabotaj.

Ada lawannya yang mahu dia ‘kalah’ dulu sebelum berlumba.

Sporza, sebuah siaran tv sukan di Belgium melaporkan tentang kejadian itu dan kem mereka mendapati ianya benar benar berunsurkan sabotaj.

Genyn dan pasukannya membaiki roda depan dan juga menampal sellotape untuk menyokong compesator pada kerusi roda itu.

Beliau lega kerana pegawai pasukannya membekalkan banyak sellotape yang selalunya berguna kepada mereka. Dan kali ini, sellotape itu berjasa untuk membantunya memenangi emas.

Selepas tamat perlumbaan Genyn berkata: “Nampaknya ada orang yang benar benar takut hari ini. Ianya sangat teruk, saya ingat ianya dah berakhir [merujuk kepada kemungkinan dia akan gagal memenangi sebarang pingat kerana kerusi rodanya disabotaj].”

“Namun saya puas hati sebab berjaya menunjukkan kepada mereka yang terbabit bahawa mereka masih tidak boleh menang dengan cara sebegini.”

“Kamu akan sentiasa menjadi loser dengan melakukan perkara serupa itu.”

Dia sama sekali tidak percaya bahawa dia akan menang dengan sellotape pada kerusi rodanya, semata mata untuk memastikan kerusi roda itu boleh digunakan untuk bersaing.

Malah lebih manis, Genyn mencipta rekod paralimpik yang baru dengan 20.33 saat, dan sudah tentu dengan sebutir pingat emas.

Bercakap kepada Paralympic.org, Genyn berkata: “Mujur saya banyak membawa perkakas sebab, saya berjaya membalas dendam kepada mereka.”

Pasukan Belgium sudah membuat aduan rasmi, meminta kes itu disiasat. Aduan sudah diterima oleh penganjur Tokyo 2020 dan International Paralympic Committee.

Baca yang lain