Korang dah tengok cerita Parasite? Filem Korea Selatan tu. Filem yang mendapat banyak sekali pujian daripada para peminat layar perak di seluruh dunia.
Filem ini adalah sentuhan pegarah K Movie yang power iaitu Bong Joon Ho yang merupakan pengarah filem seperti Mother, Memories of Murder dan banyak lagi.
Malah di Rotten Tomatoes ianya diberikan Tomatometer: 99% ketika ini.
Filem ini sebenarnya definisi kepada permainan emosi yang sebenar.
Pernah tak korang rasa perasaan seperti ini: Rasa marah tu ada, rasa kesian tu ada, rasa takut tu ada, rasa keliru tu ada, rasa gembira, dan rasa sedih semuanya ada.
Ataupun korang di dalam situasi tak tahu sama ada rasa nak marah, nak gembira, nak sedih nak geram, dan sebagainya dengan seseorang. Itu memang satu keadaan dan dilema yang sangat sukar untuk mana-mana manusia yang ada emosi.
Namun naskah ini adalah unik kerana semua rasa emosi anda itu dibiarkan terapung di satu paras yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Korang akan seperti merasakan semua perasaan itu dipermainkan dari awal sehingga akhir cerita ini.
Korang boleh rasa marah kepada keluarga Kim yang mengambil kesempatan di atas kebaikan keluarga Park. Dan anda boleh rasa kagum dengan keluarga Kim yang sentiasa bersatu dan meletakkan keluarga mereka sebagai keutamaan.
Namun korang boleh rasa marah kepada keluarga Park yang terlalu naif dan juga rasa pada masa yang sama kagum dengan sikap mereka yang sangat baik dengan orang gaji mereka.
Cerita ini disampaikan dengan naratif yang agak langsung. Tiada penceritaan plot yang rumit. Korang cuma perlu duduk menikmati filem ini dan dibuai emosi bersamanya.
Ianya berkisarkan keluarg Kim yang miskin. Mereka melakukan apa sahaja untuk terus hidup.
Dan suatu hari, anak lelaki keluarga Kim iaitu Ki Woo telah berpeluang untuk menjadi tutor kepada anak keluarga kaya raya. Dia menggunakan sijil palsu.
Dari situ dia membuka pagar kepada ahli keluarganya yang lain untuk bekerja dengan keluarga Park.
Keluarga Park ni baik sebenarnya. Dan pada satu ketika anda melihat mereka seperti simbiosis tetapi akhirnya menjadi parasit.
Di sebalik sikap keluarga Kim yang opportunist, mereka sangat kuat semangat kekeluargaan termasuk hubungan adik dan abang, si Ki Woo dan Ki Jung (Jessica).
Korang memang akan kagum dengan mereka ini.
Mereka melakukan apa sahaja demi keluarga. Boleh dikatakan tidak sesaat pun mereka melupakan keluarga mereka demi kepentingan diri sendiri.
Cerita ini memaparkan orang jahat yang merupakan keluarga yang memerlukan wang untuk terus hidup.
Dan mereka cuba membantu satu sama lain untuk mendapatkan wang daripada gaji daripada keluarga orang kaya.
Mereka melakukan kerja mereka dengan baik dan majikan mereka berpuas hati. Mereka tidak menyakiti ataupun mendera anak majikan mereka dan sebagainya.
Jadi, korang akan rasa satu perasaan, orang jahat dalam filem ini yang tak terlalu jahat. Dah macam Stockholm Syndrome bukan?
Keluarga Park pula tinggal di rumah yang serba mewah. Anak dara mereka syok pula dekat Ki Woo.
Dan Puan Park, lakonan Cho Yeo Jeong percaya mereka sebenarnya tinggal di rumah yang berhantu kerana anaknya pernah ternampak hantu.
Di penjuru rumahnya ada sebiji mentol yang akan sentiasa berkelip – kelip. Tukar baru pun tetap sama juga.
Tetapi keluarga Park percaya, mereka tinggal di rumah berhantu yang memberikan mereka ong kata orang.
Apa yang akan berlaku kepada keluarga Park? Kerana keluarga Kim mulai mengambil kesempatan di atas kebaikan mereka.
Korang tengok la filem ini, sangat direkomendasi. Ianya akan meninggalkan anda dengan satu perasaan geram, kasihan, marah walaupun selepas tamat tontonannya.
Korang layan trailer di atas, power tak? Dan filem ini sebenarnya lagi power berkali ganda daripada yang digambarkan trailer itu.