Park Hang Seo Akui Tak Perasan Pula Ada Pemainnya Main Kasar Lawan Malaysia

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menyatakan dia tak perasan kalau ada pemainnya di atas padang bermain kasar ketika menentang Malaysia.

Jika itu berlaku, pastinya bukan kerana taktikal sebaliknya pemain itu sendiri. Park Hang Seo menafikan dia menyediakan pelan taktikal keras dan agresif ketika menentang Malaysia.

Dia berpuas hati dengan para pemainnya yang bermain mengikut arahan taktikalnya dan tidak sesekali cuba bermain kasar seperti ditanggapi beberapa media.

Pasukan kebangsaan Vietnam mencipta kemenangan 3-0 ke atas Malaysia pada aksi ketiga peringkat kumpulan.

Perlawanan itu dicemari kontroversi terutama gol kedua Vietnam yang dijaringkan menerusi sepakan penalti.

Pada minit ke-58, berlaku perebutan bola antara pemain pertahanan Malaysia Azam Azmi dan pemain Vietnam Doan Van Hau.

Di mana Van Hau dilihat melakukan terjahan lewat yang keras ke atas Azam Azmi sehingga kedua duanya terbabas ke tepi padang.

Namun pengadil menuduh Azam Azmi melakukan tindakan susulan yang kasar ataupun retaliation.

Perkara itu dinafikan Azam Azmi yang menyatakan dia cuma cuba mengeluarkan diri daripada pergelutan dengan Van Hau.

Pengadil Jepun yang mengadili perlawanan, Ryuji Sato segera menghentikan perlawanan untuk berunding dengan penolong pengadil.

Kemudian dia memutuskan untuk memberikan Vietnam penalti dan kad merah kepada Azam Azmi.

Sato mendapat maklumat bahawa Azam Azmi telah menyepak kepala Van Hau.

Doan Van Hau turut terlibat dalam insiden dengan Azam Azmi sebelum ini iaitu pada separuh masa pertama apabila menghalang Azmi daripada mengejar bola sebelum ditangkap penjaga gol Vietnam.

Van Hau dilihat menyiku Azam Azmi sehingga pemain itu mengalami kesukaran bernafas.

Pengadil tidak melayangkan sebarang kad atau memberikan penalti kepada Malaysia.

Pada separuh masa pertama juga, seorang pemain Vietnam dibuang padang kerana melakukan kekasaran dan mengutip 2 kad kuning yang membawa kepada kad merah.

Park Hang Seo menyatakan dia tidak begitu jelas dengan beberapa insiden kekasaran pemainnya ke atas Malaysia.

Secara statistik, Vietnam hanya melakukan 11 kekasaran dan Malaysia 16.

Sementara Vietnam ada 1 kad kuning dan 1 kad merah, dan Malaysia ada 2 kad kuning dan 1 kad merah.

Statistik itu digunakan kakek Hagemaru itu untuk berhujah bahawa pemainnya tidak bermain kasar.

Kalau ada keras sikit sikit itu biasalah dalam bola sepak, katanya, namun kontak yang mereka dilakukan tidak berbentuk mencederakan, jelas Park Hang Seo.

“Bola sepak adalah sukan yang memerlukan sentuhan fizikal, kalau tersentuh sikit sikit tu biasalah tu,” kata Park Hang-seo kepada wartawan TheThao247.
“Pemain bermain dengan garang dalam perlawanan ini kerana mereka mahu memenangi perlawanan.”

“Mereka [pemain Vietnam] bermain mengikut peraturan bola sepak melakukan bentesan adil, jadi saya tidak akan memanggilnya perlawanan yang kejam atau ganas,” tambahnya.

“Saya cuma kecewa dan kesal satu perkara, kad merah Van Toan. Saya rasa dia (Van Toan) lebih menyesalinya daripada saya,” kata Park Hang-seo.

“Keadaan ini tidak disengajakan, saya rasa Van Toan sangat sedih.”

“Situasi seperti ini tidak akan berlaku pada perlawanan akan datang,” tambahnya.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan