Park Hang Seo Anggap Aksi Lawan Malaysia Adalah ‘Final Awal’, Ini Persiapan Mereka

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberitahu wartawan bahawa persiapan menentang Malaysia pada perlawanan berikutnya sudah pun dibuat awal.

Dan mengibaratkan aksi tersebut sebagai final pertama mereka dalam Piala AFF 2020.

Vietnam memenangi aksi pembukaan dengan skor 2-0 menentang Laos. Kegagalan Vu Van Thanh menyempurnakan penalti membuatkan skuad Vietnam kini gagal mendapatkan perbezaan jaringan lebih baik berbanding Malaysia.

Namun jurulatih Vietnam asal Korea Selatan itu kekal optimis tentang prestasi pasukannya.

Park Hang Seo berkata: “Aksi seterusnya menentang Malaysia adalah sememangnya final awal yang kita hadapi kali ini,” kata beliau merujuk kepada betapa pentingnya aksi tersebut.

Ini kerana kekalahan di tangan Malaysia boleh membuatkan Vietnam tersingkir daripada persaingan ke kalah mati.

Menurut Hang Seo lagi, Malaysia adalah pasukan yang kuat. Oleh sebab itu mereka sudah bersedia secara taktikal sekian lama lagi.

Park Hang Seo menggelarkan Malaysia sebagai pasukan pilihan. Dan kedua dua pasukan sebelum ini merupakan finalis dalam edisi 2018 yang lalu.

Park Hang Seo sedar bahawa Malaysia kali terakhir menang ke atas Vietnam adalah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 di Stadium My Dinh.

Namun Hang Seo mahu pemainnya kekal fokus dan tidak terbuai buai dengan rekod lalu. Kerana ianya langsung tidak memberikan apa apa makna.

Oleh sebab itu di meja kejurulatihannya, Park Hang Seo dan pegawai pegawainya sudah bekerja keras dalam persiapan perlawanan ini. Termasuk menyediakan data analisis terperinci untuk disumbatkan informasi kepada semua pemain mereka.

Bukan itu sahaja, Vietnam sebelum ini sudah menghantar Scouting team untuk memantau perkembangan Zulhelmi De Paula dan rakan rakannya. Sentiasa mengemaskini data terkini para pemain Malaysia.

“Kami sudah menyaksikan aksi Malaysia dan kami memiliki analisis teperinci serta sudah mempersiapkan taktikal khas untuk perlawanan akan datang.”

“Kami selalu kejurulatihan sudah bersedia melakukan yang terbaik untuk membantu pemain mencapai kedudukan terbaik di peringkat kumpulan.”

Media Vietnam turut bertanya tentang kegagalan penalti oleh Vu Van Thanh yang menurut mereka telah mempersia siakan peluang untuk mendapat kelebihan awal berbanding Malaysia.

Ramai peminat Vietnam tak puas hati kenapa Vu Van Thanh gatal gatal mengambil penalti itu.

Park Hang Seo berkata, pemain itu pada masa itu mendapat vice versa kerana dua pelaksana penalti utama mereka tiada di atas padang.

Park berkata: “Sebelum setiap perlawanan, akan ada pemain yang kami tugaskan untuk mengambil penalti. Dalam pasukan kita sekarang Luong Xuan Truong adalah pelaksana penalti yang utama.”

“Kemudian Nguyen Tien Linh. Dan kedua dua mereka tidak ada di atas padang ketika kita diberikan penalti itu. Jadi pada masa itu Vu Van Than menyatakan kepada rakannya dia mahu mengambilnya kerana dia yakin. Begitulah ceritanya bagaimana keputusan itu dibuat.”

Malaysia dan Vietnam akan bertemu pada Ahad ini. Ianya dianggap perlawanan tumpuan pada kali ini.

Vietnam pastinya dianggap sebagai pilihan utama kejohanan kerana mereka berada di ranking tertinggi dalam ranking FIFA dari kalangan pasukan Asia Tenggara. Pada masa yang sama mereka beraksi dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia zon Asia.

Park Hang Seo menjadi individu penting dalam sejarah Vietnam. Terutama sekali dari segi cara kerja dan etika pengurusannya. Yang boleh digunakan oleh Vietnam pada masa akan datang. Memberitahu bagaiman sesebuah organisasi bola sepak itu harus berfungsi. Termasuk scouting dan peranan penganalisis video dan sebagainya.

Baca yang lain