Park Hang Seo Sasar Juara AFF 2022: “Saya Kalah Sekali Je Lawan Thailand Sepanjang 5 Tahun Di Sini”

Park Hang Seo nampaknya sudah memulakan perang psikologinya sebelum final pertama antara Vietnam dan Thailand.

Kali ini dia mengingatkan Thailand tentang rekod cemerlangnya ke atas negara tersebut. Bagi Park Hang Seo, Thailand selama ini bukanlah masalah besar baginya.

Malah dia turut membentangkan rekodnya menentang Thailand di hadapan media secara terbuka.

Park Hang Seo berkata, dalam masa 5 tahun dia menjadi jurulatih Vietnam untuk pasukan senior dan B-23, dia cuma kalah sekali sahaja menentang Thailand.

Park Hang Seo tidak mahu play safe dalam kenyataannya. Dia menyasarkan juara Piala AFF 2022 sebagai hadiah terakhirnya untuk rakyat Vietnam yang banyak menyokongnya selama ini.

Cikgu Park berkata: “Selama 5 tahun saya bekerja dengan pasukan senior dan B-23 Vietnam, saya cuma kalah sekali sahaja menentang Thailand.”

“Kekalahan itu berlaku di Singapura dengan skor 2-0.”

“Ini adalah pertandingan terakhir saya bersama Vietnam, maka saya ingin menjuarai Piala AFF 2022 ini tanda terima kasih saya kepada rakyat Vietnam yang telah menyokong saya selama saya berada di sini.”

Park Hang Seo: “Vietnam Satu Tahap Lebih Tinggi Daripada Mana Mana Pasukan Asia Tenggara”

Jurulatih legenda pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo mendakwa bahawa bola sepak Vietnam adalah satu tahap lebih tinggi di atas mana mana pasukan lain di Asia Tenggara.

Beliau membuat kenyataan ini selepas mengetuai The Golden Star mara ke final Piala AFF 2002.

Vietnam layak ke final Piala AFF 2022 selepas menyingkirkan pasukan kebangsaan Indonesia pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi.

Dua jaringan Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh (3′ dan 47′).

Park Hang Seo kini dalam rangka persiapan untuk menentang Thailand. Dan seperti biasa, dia sudah memasang perang psikologinya ke atas semua pasukan lain di Asia Tenggara ini.

Park Hang Seo berkata: “Berbanding pasukan lain di Asia Tenggara, pemain Vietnam adalah satu tahap lebih tinggi kerana pengalaman bertahun-tahun mereka dalam kejohanan seperti ini,”

Park Hang Seo sudah mengendalikan skuad Vietnam sejak 2017, Park Hang-seo mengakui bahawa dia telah memberikan sumbangan sebenar kepada bola sepak Vietnam.

Menurutnya, di bawah kendaliannya, pemain Vietnam mengalami banyak perkembangan pesat. Park Hang Seo menegaskan, dia merancang rapi pembangunan pemain pemain berbakat di sana.

“Pasukan negara Vietnam tidak mempunyai masa untuk membangunkan semua pemain junior pada masa saya tiba di sini. Dengan kebolehan saya, saya hanya menggunakan sumber yang ada untuk menghasilkan keputusan yang bagus,” kata Park Hang-seo.

“Tetapi saya tidak boleh melatih dan melatih lebih ramai pemain. Kerana selepas pemain mencapai kemajuan teknikal, kami memaksimumkan potensi mereka,” katanya lagi.

Park Hang Seo memiliki rekod luar biasa di Vietnam. Membawa negara itu berada di kalangan 100 teratas dalam ranking FIFA. Seperti mana yang dia janjikan ketika dia mulai tiba. Walaupun pada masa itu, ramai peminat dan media Vietnam menganggap itu cuma retorik klise seorang pengurus baharu tiba.

Dalam pertandingan Piala AFF kali ini, Vietnam masih tidak dibolosi. Dan mereka tampil sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala AFF 2022 merampasnya daripada Thailand.

Thailand adalah lawan Vietnam pada aksi final.

2 aksi final secara timbal balik ini adalah bakti terakhir Park Hang Seo untuk bola sepak Vietnam sebagai ketua jurulatih.

Ini selepas dia dan VFF mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak lebih awal sebaik sahaja Piala AFF 2022 berakhir.

Park Hang Seo mahu kembali semula ke Korea Selatan meluangkan masa dengan keluarganya. Dia juga dikaitkan dengan jawatan pembangunan bakat muda di Korea Selatan selepas eranya di Vietnam berakhir.

Seperti yang dia katakan, dia kini dapat meninggalkan Vietnam dengan tenang selepas menjadikan negara itu kuasa bola sepak Asia Tenggara pada eranya.

Baca yang lain