Doan Van Hau ternyata menuai kritikan dari semua penjuru.
Van Hau dianggap pemain yang bermain kotor ataupun menggunakan dark art dalam bola sepaknya.
Terdapat beberapa insiden kontroversi yang agak besar melibatkan Van Hau,
Antaranya, ketika dia menyiku Azam Azmi dan kemudian mendakwa dia dikasari dalam pergelutan di tepi padang, membuatkan Azam Azmi dibuang padang.
Ketika menentang Indonesia, terdapat 2 insiden yang sebenarnya boleh membuatkan Van Hau dilayangkan kad amaran.
Kekasaran dengan terjahan ganas ke atas Dendy Sulistyawan dan kemudian insiden dalam kotak penalti.
Kesemua kesalahan itu tidak langsung menghasilkan kad apatah lagi foul. Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong siap memunggah 3 klip video kekasaran Van Hau yang cuma mendapat amaran lisan pengadil dan langsung tiada kad amaran.
Walaupun 2 daripada 4 insiden di atas mudah sahaja dia dilayangkan kad merah.
Aksinya yang seringkali mengaburi pengadil kononnya dia mangsa kekasaran juga dianggap sangat licik dan tidak fairplay.
Namun begitu, Park Hang Seo mempertahankan Doan Van Hau. Dia menganggap Van Hau sebagai mangsa kepada beberapa insiden kekasaran dan pergelutan yang dicetuskan pemain lawan.
Park Hang Seo berkata, bola sepak adalah sukan yang lasak. Melibatkan banyak cabaran dan pergelutan.
Van Hau antara pemain yang seringkali tersepit dalam keadaan kerana dia rajin dan sentiasa cuba memenangi bola.
Hang Seo malah lega Van Hau tidak cedera dalam berdepan situasi dikasari lawannya terutama sekali dalam aksi menentang Indonesia.
Park Hang Seo berkata: “Doan Van Hau adalah pemain terbaik saya dan antara yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.”
“Bola sepak adalah sukan yang kompetitif dan banyak cabaran, dan Van Hau boleh menangani banyak situasi buruk itu,” kata Park Hang-seo.
“Ketika menentang Indonesia, Van Hau banyak dirempuh pemain lawan. Namun dia berjaya mengelak sebarang perkara buruk.”
“Kini dia (Doan Van Hau) boleh mengawal dirinya dengan lebih baik kerana pengalamannya yang mematangkan permainannya,” tambah beliau lagi.
Sebelum ini selepas aksi antara Malaysia dengan Vietnam, Park Hang Seo menyatakan dia tidak jelas dengan beberapa insiden kekasaran yang melibatkan Van Hau.
Apa yang pasti dia setuju dengan kad merah Azam Azmi. Park Hang Seo ketika itu berkata: “Apabila kamu melakukan kesalahan, maka kamu akan menanggung akibatnya.”
Namun kadangkala Van Hau bertindak agresif kerana dia sudah hilang sabar dengan bentesan ke atasnya.
Park Hang-seo Bela Tekel Brutal Doan Van Hau: Dia Sudah Tahan Emosi!
#Sindonews #BukanBeritaBiasa .https://t.co/B6WGL3rQPB
— SINDOnews (@SINDOnews) January 7, 2023