Park Shin Hye Umum Kahwin Kawan Sekampus Dan Kini Kekasihnya

Pasangan artis Kdrama, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon akan berkahwin dalam masa terdekat. Agensi kedua-dua artis, SALT Entertainment dan Santa Claus Entertainment, mengesahkan pasangan itu telah berkahwin pada 22 Januari 2022.

Bukan itu sahaja, malah SALT Entertainment turut mengesahkan bahawa aktres, Park Shin-hye kini sedang hamil.

Park Shin-hye turut mengumumkan perkara ini kepada peminatnya. Katanya, perkara ini diumumkan supaya peminat mengetahui berita itu terus daripadanya.

“Saya akan berkahwin dengan sahabat yang saya kenali sejak sekian lama. Dia adalah tiang sokongan saya selama ini dan dia memeluk Park Shin-hye dengan penuh kelembutannya,” tulis Park Shin-hye.

“Jadi saya merancang untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan berkahwin. Tambahan pula, walaupun saya teragak-agak untuk bercakap mengenai perkara ini kerana ia masih peringkat awal, apabila kami mula membuat persiapan untuk perkahwinan, kehidupan baru yang berharga datang kepada kami,” tulisnya.

Dalam warkah itu juga, Park Shin-hye mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang terus menyokong dan menyayanginya sehingga kini walaupun terdapat banyak kekurangan. Oleh itu Park Shin-hye berjanji akan segera kembali ke layar kaca.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali semula ke dunia lakonan secepat mungkin tanpa membuat anda menunggu terlalu lama,” tulis Park Shin-hye.

“Saya berjanji akan menunjukkan sisi baik saya kepada anda walaupun semasa memulakan keluarga saya sendiri.”

“Sampai itu, tolong jaga kesihatan. Saya akan ucapkan selamat tinggal kepada anda semua buat sekarang ini,” akhirinya.

Park Shin-hye dan Choi Tae-joon telah berpacaran sejak 2017. Kedua-duanya hanya membuka cerita percintaan mereka kepada umum melalui agensi masing-masing pada Mac 2018.

Kedua-dua mereka sebelum ini berkenalan ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Chung Ang dan menjadi lebih rapat selepas debut kerjaya masing-masing. Daripada sekadar sahabat, percintaan mereka pun berputik.

Park Shin-hye membintangi banyak drama dan filem. Dan kebanyakannya menjadi hits. Antaranya pastilah Miracle Cell In No.7 dan Stairway To Heaven.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.