Parlimen Indonesia Bincang RUU Had 17 Tahun Untuk Menggunakan Media Sosial

Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) kini sedang merancang untuk meletakkan had usia kepada pengguna media sosial, termasuk twitter, Facebook dan Instagram.

Sekiranya peraturan ini dilaksanakan, maka had umur pengguna media sosial adalah 17 tahun dan ke atas.

Kominfo telah mengusulkan kertas cadangan itu dalam Draf Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (RUU PDP). Dan ketika ini, ianya masih dibahas di parlimen.

Ketua Pengarah Aplikasi Informatika (Dirjen Aptika) Kementerian Komunikasi dan Informasi, iaitu Semuel Abrijani mengatakan bahwa – jika melihat kepada peraturan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR), ia menetapkan had umur 16 tahun dan ke atas.

Tetapi di Indonesia, mereka berhara akan menerapkan standard usia yang lebih tinggi lagi daripada itu.

Semuel berkata: “Saya merasakan bahawa had umur ini sangat penting dalam penggunaan teknologi digital.”

“Ketika anak saya masih di sekolah menengah tahun pertama dan belum berumur 13 tahun, rakan-rakannya sudah mempunyai akaun media sosial.”

Namun samuel menyatakan ada kelonggaran untuk penggunaan akaun media sosial bagi mereka di bawah 17 tahun. Dengan syarat, pengguna tersebut harus ada izin daripada ibu bapa, dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai kawan mereka di dalam Facebook secara automatik.

“Selepas 13 tahun, akaun Facebook dibenarkan tetapi ibu bapa harus menjadi kawan. Cukup. ”

“Nah, dalam RUU itu, had umurnya bukan hanyalah 13 tahun. Jika kita melihat GDPR, had umur adalah 16 tahun, di Amerika Syarikat juga begitu. Di Indonesia, RUU PDP berusia 17 tahun, di bawah 17 tahun mesti mendapat persetujuan ibu bapa,” tambah beliau lagi.

Semuel juga menekankan peranan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak mereka yang suka bermain media sosial.

Persetujuan ibu bapa sangat penting bagi anak-anak untuk membuka akaun media sosial. Di samping itu, ibu bapa mesti menjadi rakan kepada anak mereka secara automatik untuk mengawasi pergerakan anak-anak mereka di dunia maya.

“Memang, ini akan menyukarkan semua pihak. Mengapa harus kita bertindak demikian? Jika tidak, ibu bapa akan terputus hubungan dengan anak anak mereka.”

“Anak ada dunia sendiri, ibu bapa ada dunia sendiri. Ini adalah bahaya, walaupun kekeluargaan adalah satu unit yang perlu dipupuk.”

Samuel yakin bahawa cadangan ini telah dibincangkan dengan DPR dan dijangka berkuat kuasa tahun depan.

“Kami telah berbincang dengan DPR 300 DIM, separuh daripadanya telah diselesaikan. Diharapkan ia dapat diselesaikan tahun ini, jika tidak awal tahun depan,” katanya.

Baca yang lain