Pasangan YouTuber Dikecam Sebab Pulangkan Anak Angkat Ke China Selepas Raih Banyak Wang

Sepasang suami isteri yang telah menjadi kaya kerana anak angkat mereka yang autism dari China telah mengumumkan mereka tidak mampu lagi menjaga anak tersebut.

Mika Stauffer dan suaminya James telah menjaga anak tersebut selama 2 tahun sehingga dia berusia 4 tahun dan mendapat lebih 1.7 juta suscbribers di channel YouTube mereka.

Namun pada Khamis, mereka memuat naik vido berjudul ‘Update on our family.’

Mereka telah mengumumkan bahawa mereka sudah berbincang dan mahu menghantar pulang anak yang diberikan nama Huxley, kerana isu sikap anak tersebut yang tidak dapat dijelaskan menurut mereka.

James mengatakan bahawa mereka tidak bersiap sedia sepenuhnya untuk memenuhi keperluan khusus anak itu, dengan menyatakan, “Setelah Huxley pulang, ada banyak keperluan khas yang tidak kami sedari, dan kami tidak diberitahu.”

“Bagi kami, sangat sukar untuk mendengar daripada profesional perubatan, banyak maklum balas mereka, dan perkara-perkara yang mengecewakan. Kami tidak pernah mahu berada dalam kedudukan ini.”

“Dan kami telah berusaha untuk memenuhi keperluannya dan membantunya sebanyak mungkin … kami benar-benar menyayanginya. ”

Huxley telah menjadi keluarga mereka sejak berusia dua tahun. Telah muncul dalam beberapa siri video mereka. Malah mereka turut memberikan panduan dan tips untuk mengambil anak angkat.

Dalam video tersebut, mereka juga membuat kutipan dana orang ramai / crowdfunds, dan meminta YouTube untuk membantu mendapatkan sumbangan dana untuk anak mereka.

Ada video mereka yang menampilkan Huxley telah ditaja oleh syarikat untuk keperluan newbors dan ianya masih lagi di-monetised.

Warganet tidak gembira dengan tindakan pasangan itu. Yang menyatakan mereka mahu menghantar pulang Huxley agar duduk bersa dengan ibu bapa angkat baharu selepas ini.

Perkara tersebut membuatkan ramai netizen kecewa dengan tindakan pasangan terbabit. Ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan keselamatan anak itu kelak?

Ada yang mengecam pasangan James dan isterinya sebagai zalim selepas meraih wang yang banyak daripada YouTube dan kini mereka menyatakan tidak bersedia sepenuhnya untuk menjaga anak tersebut.

Apa motif mereka mengambil anak itu dahulu? Adakah ia semata mata mahu meraih subscribers untuk konten mereka?

Ada  juga yang berharap pasangan ini dipenjara di atas apa yang telah mereka lakukan. Ramai yang merasa tertipu kerana selama ini memberikan sokongan malah ada yang memberikan sumbangan kewangan.

Namun Myka di dalam penjelasannya berkata, dia bukan give up nak membiayai keperluan khas anak tersebut, ataupun malu kerana anak itu autistik.

Dia menyatakan ada beberapa perkara yang menakutkan berlaku kepada anak mereka yang lain termasuk anak kandung mereka.

Malah Myka menegaskan Huxley pun gembira dengan keputusan yang mereka ambil dan nampak selesa dengan keluarga barunya.

Baca yang lain