Pasar Malam, Kedai Gunting Dibenar Beroperasi, Ini Info Ringkas Tentang SOP

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan dibuka semula bermula 10 Jun 2020 ini.

Selain daripada itu Ismail Sabri juga menyatakan pasar malam, bazar dan gerai pasar terbuka yang seumpamanya juga akan dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Jun.

Dalam pada masa yang sama, Ismail Sabri mengakui bimbang dengan pembukaan sektor tersebut. Namun meletakkan keyakinan bahawa semua orang akan mengikuti garis panduan yang ketat

Beliau menambah: “Kami akan mengambil tindakan sekiranya mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).”

“Jarak di antara gerai ditetapkan di antara 1.5 meter ke 2 meter, di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal pergerakan keluar masuk.”

“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk, dan satu jalan keluar. Maknanya hanya one way.”

“Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk. Digalakkan memakai pelitup muka.”

“Para peniaga makanan atau kedai makan, tidak dibenarkan untuk membuka meja tempat makan. Hanya dibenarkan bawa balik.”

Berikut adalah waktu operasi yang dibenarkan:

1. Pasar pagi / pasar terbuka – 6 pagi – 10 pagi.

2. Pasar malam – 4 petang – 10 malam

3. Bazaria – 5 petang – 11 malam