Ketika dunia dilanda wabak koronavirus, ada dua benda yang paling meningkat naik mendadak harganya iaitu hand sanitizer dan face mask.
WHO sebelum ini sudah mengesahkan bahawa cecair pembasmi kuman ataupun hand sanitizer ini efektif untuk memastikan tangan kita ni bersih daripada virus.
Sudah beberapa bulan ini orang pergi ke farmasi untuk berebut-rebut membeli hand sanitizer.
Kesannya, ramai yang tak dapat, kerana permintaan terlalu tinggi secara mendadak.
Di Denmark, sebuah pasaraya megambil inisiatif agar mereka dapat menjual hand sanitizer kepada banyak isi rumah dan bukannya dibolot seorang individu.
Sudah banyak kes di mana ada yang memborong sanitizer dan menjualnya semula dengan harga sangat mahal.
Untuk menghentikan perkara ini dan mengelakkan panic buying untuk sanitizer, pasaraya The Rotunden menggunakan helah harga / pricing trick.
Sebotol sanitizer dijual dengan harga €5.5 sahaja. Namun jika ada pembeli yang membeli untuk botol kedua dan lebih, mereka perlu membayar harga €134 untuk setiap botol.
Ini bermakna, kalau korang beli satu botol kena bayar hanya €5.50 ataupun sekitar RM26.50.
Tetapi jika korang nak beli 2 botol, terus kena bayar €268 ataupun RM1,292.00. Bersamaan harga sebotol adalah sekitar RM646. Ada bran nak beli?
Rotunden memaparkan notis bertulis: “Kami meminta para pelanggan menjaga jarak di antara satu sama lain dan juga para pekerja kami.”
“Cuci tangan kamu dengan sanitizer di pintu masuk dan gunakan sarung tangan.”
“Jika kamu datang dengan keluarga, sila pastikan hanya seorang sahaja masuk untuk membeli barang.”
“Dan ada masanya kami hanya menerima masuk pelanggan ke kedai kami pada kadar terhad.”
“Jaga diri dan terima kasih kerana memahami.”
Bersama dengan notis itu dipaparkan sekali harga hand sanitizer.
https://twitter.com/_schuermann/status/1239294777452974080
Satu usaha yang harus dipuji dilakukan oleh pasaraya The Rotunden. Mereka tidak mahu terlalu mengejar keuntungan dan menjual produk mereka supaya cepat habis.
Mereka masih memikirkan usaha dan mencipta inisiatif agar barang barang keperluan seperti hand sanitizer itu dapat diagihkan dan dibeli oleh ramai isi rumah.
Mungkin idea ini boleh ditiru oleh farmasi dan pasaraya di sini? Untuk barangan keperluan yang lain, yang cepat habis sebab ramai yang suka buat pembelian panik.
Ternyata ramai yang memuji usaha itu dan menyifatkannya sebagai genius.
Di kala kita semua sedang cuba mengekang penularan wabak, hendaklah kita memikirkan sesama kita juga tentang benda macam ni.
Bayangkan korang je bersih dan jirang korang kena koronavirus, kan dah satu hal juga kan. Itu contoh.
Sebab itu jangan terlalu mementingkan diri sendiri pada ketika ini. Saling bekerjasama adalah penting.