Pasukan Futsal Ini Kecewa Kerana KL City FC Rembat Nama Pasukan Mereka

Baru baru ini Kuala Lumpur United FC telah menukar nama mereka menjadi Kuala Lumpur City FC. Perkara itu disahkan oleh badan pentadbir Liga Malaysia, MFL dalam satu kenyataan ringkas. Di mana selain daripada nama, logo pasukan juga ditukar kepada logo baharu.

Tidak lama selepas itu, sebuah pasukan dengan nama yang sama, Kuala Lumpur City FC telah membuat tuntutan bahawa nama itu adalah milik mereka dan sudah didaftarkan dengan ROS.

Berikut adalah kenyataan rasmi Kuala Lumpur City FC yang menggunakan nama itu terlebih dahulu:

NAMA KUALA LUMPUR CITY FC SUDAH BERDAFTAR DENGAN ROS, KAMI SEDIA BERBINCANG DENGAN KL UNITED FC

Sebagai sebuah kelab profesional yang masih aktif beraksi dalam kancah Malaysia Premier Futsal League (MPFL), KL City FC percaya is merupakan satu perkara yang tidak disengajakan apabila sebuah lagi kelab bola sepaktempatan mendaftarkan diri menggunakan nama yang sama.

Seperti mana sedia maklum, Kelab Bolasepak ini telah berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai `KL City FC’ lebih 10 tahun lalu.
la adalah amat jelas bahawa ‘KC di dalam nama itu bermaksud Kuala Lumpur dan kami telah menggunakan nama Kuala Lumpur City FC untuk menunjukkan identiti kelab ini di media termasuk melalui akaun-akaun media rasmi.

Pengumuman Malaysia Football League (MFL) mengenai pertukaran nama pasukan liga super Kuala Lumpur United FC kepada Kuala Lumpur City FC nyata memeranjatkan pihak kami kerana nama KL City FC sah didaftarkan dari segi undang-undang mengenai pertubuhan kelab.

Kami akan menangani perkara ini secara profesional dan mesra dengan pihak berkaitan secepat mungkin kerana terdapat kekeliruan atau salah faham di pihak KL United FC (KLUFC) semasa mendaftar nama Baru pasukan mereka.

Sebagai rekod , pihak kami percaya bahawa permasalahan yang timbul ini adalah berkaitan dengan pengurusan organisasi dan pihak kami akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyelesaikannya.

Kami memandang serius tentang perkara ini dan akan memaklumkan perkembangan semasa kepada penyokong -penyokong futsal dan bola sepak tempatan serta pihak media.

Terima Kasih

Kuala Lumpur City FC

Jadi bagaimanakah penyelesaian kepada masalah ini? Adakah pihak pegawai KL United sebelum ini tidak memeriksa terlebih dahulu perkara ini dengan teliti. Diharap ada penjelasan daripada pihak mereka.