Pasukan Paling Tajam Dan Paling Rapuh, Siapa Yang Paling Banyak Terlibat Dengan 8 Jaringan Terengganu

Selepas 3 perlawanan, Terengganu telah menghasilkan 8 jaringan, menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Super.

Diikuti oleh Melaka United dengan 7 gol, Perak dan Selangor masing-masing dengan 6 gol.

Namun Terengganu juga menjadi pasukan paling banyak bolos dari semua pasukan di divisyen tertinggi Malaysia ini dengan 9 bolos.

Dibelakang Terengganu adalah Kedah dan Felda United dengan 6 bolos. Kurang 3 dari Terengganu.

Terengganu tewas 1-3 menentang Perak, menumpaskan Kedah 4-3 dan seri dengan Selangor 3-3.

Pemain mana yang menjadi penjaring dan mencipta bantuan dalam 8 jaringan yang terhasil itu.

5. Dominique da Sylva (4 gol, 1 bantuan)

Slyva tidak menjaringkan sebarang gol pada perlawanan pertama dan ke-3, namun kebangkitan epik ketika menumpaskan Kedah menyaksikan penyerang dari Mauritania ini menjaringkan kesemua 4 gol Terengganu.

Jaringan pertamanya berlaku dari sepakan penjuru dari Lee Tuck, seterusnya satu lagi situasi bola mati, sepakan percuma dari Lee Tuck disentuh oleh Sanjar dan disudahkan Sylva.

Jaringan ke-3 terhasil dari hantaran panjang dari Sanjar gagal dipintas oleh Farhan Roslan dan disudahkan Sylva dengan teknik Karel Poborsky.

Jaringan ke-3 Sylva ketika menentang Kedah antara gol yang boleh dicalonkan sebagai jaringan terbaik bulan Mac

Sylva melengkapkan jaringan ke-4 peribadi dari cetusan Faris Ramli dan Sanjar melakukan hantaran lintang ke kaki beliau.

Walaupun tidak berjaya merekod sebarang jaringan ketika menentang Selangor, penyerang berusia 31 tahun ini melakukan satu hantaran pendek kepada Sanjar yang melakukan rembatan deras untuk jaringan penyamaan ke-2 pasukan.

Goalscorer

5. Sanjar Shaakhmedov (2 gol, 3 bantuan)

Ketika tewas dalam perlawanan pembukaan, pemain dari Uzbekistan ini cukup sedih dan menyeru rakan sepasukannya bangkit. Selepas itu Terengganu berjaya meraih 4 mata ketika bertemu 2 pasukan besar liga iaitu Kedah dan Selangor.

Sanjar menjadi penjaring gol tunggal ketika tewas kepada Perak di Stadium sendiri. Half volley dari sepakan penjuru Lee Tuck di sebelah kiri gawang Perak.

Pada musim lepas Sanjar merekodkan 8 jaringan di Liga Super

Ketika skuad Nafuzi Zain menumbangkan Kedah di Darul Aman, Sanjar menyumbang 3 bantuan gol kepada Sylva. 1 hantaran panjang dari belakang, 1 tapping pass dan 1 hantaran lintang dari half space area.

Pada perlawanan ke-3, Sanjar terus terlibat dengan jaringan pasukan apabila hantaran Sylva dirembat deras olehnya menewaskan Khairul Azhan Khalid.

Playmaker, goalscorer dan vision

3. Lee Tuck (1gol, 2 bantuan)

Gandar kepada majoriti gerakan serangan pasukan dan pengambil sepakan situati bola mati seperti sepakan percuma, sepakan penjuru dan sepakan penalti pasukan.

Apa yang perlu kita panggil kepada Lee Tuck yang sesuai dengan peranannya di Terengganu. Maestro?

2 sepakan penjurunya berjaya menjadi gol pasukan apabila berjaya disudahkan Sylva dan Sanjar. Jaringan tunggalnya juga datang dari situasi tersebut apabila berjaya menyudahkan sepakan penalti pada minit 90+7 ketika menentang Selangor.

Tuck menjadi pemain Terengganu yang paling banyak mencipta peluang jaringan, 3 darinnya bertukar menjadi gol.

Jaringan ke-3, ke-6 dan ke-7 Terengganu datang dari peluang yang dicipta oleh pemain yang berusia 31 tahun ini.

Secara ringkasnya, 3 pemain tengah Terengganu cukup efektif dalam menyumbang gol kepada pasukan. Sylva sebagai penyerang tengah, Sanjar di bahagian tengah menyerang dan Tuck sebagai pemain tengah biasa.

Bagaimana pula sumbangan pemain sisi dalam konteks jaringan?

Maestro

1. Rahmat Makasuf (1 gol), Faris Ramli (1 bantuan)

Apa yang boleh dikatakan kepada pemain ini? Semakin baik.

Faris tidak terlibat apa-apa dengan jaringan pada perlawanan pertama dan kedua. Mencipta 1 peluang yang menjadi gol pada perlawanan ke-2.

Di perlawanan ketiga pemain paling bernilai Singapura 2019 ini melakukan 1 bantuan gol. Malahan pemain ini juga menghadiahkan 1 sepakan penalti kepada pasukan yang disudahkan Lee Tuck.

Rahmat pula sudah merekod 1 catatan jaringan dalam akaunnya, hasil hantaran Faris.

Players in progress

Rumusan

Sanjar yang menyertai Terengganu pada musim lepas mencatat 8 jaringan pada musim pertamanya. Seorang pemain no.10 yang agak baik dalam kancah domestik.

Lee Tuck sudah diketahui tentang kualiti yang ada pada dirinya sebagai mastermind bagi segala gerakan yang mahu dilakukan pasukan.

Terengganu mempunyai isu yang panjang di bahagian sisi serangan sejak beberapa musim yang lepas. Faris telah menunjukkan beliau mungkin menjadi pemain yang lebih efektif dan konsisten di bahagian tersebut.

Sama ada Faiz Nasir atau Saarvindran Ravindran mampu menyamai sumbangan yang ditunjukkan oleh Sanjar, Terengganu boleh menjadi pasukan mempunyai bahagian serangan yang paling digeruni di Liga Super.

Walau bagaimanapun, Terengganu masih mempunyai masalah yang besar apabila menjadi pasukan yang banyak dibolosi.