Alexandre Pato satu ketika dahulu merupakan bakat prospek yang sangat cemerlang. Namun entah di mana silapnya, beliau telah gagal untuk terus menjadi yang terbaik ketika semakin dewasa di dalam kariernya.
Pato menjadi bakat muda idaman banyak kelab, ketika itu beliau bermain untuk AC Milan.
Terdapat satu kisah dikongsikan oleh Pato. Di mana Ronaldo meminta beliau untuk memilih, kumpulan yang kaki hiburan ataupun kumpulan orang alim iaitu Kaka.
Ronaldo turut memberikan Pato majalah Playboy untuk menarik pemain muda yang ketika itu berusia 17 tahun menyertai kumpulannya.
Pato berkata: “Saya masuk ke bilik persalinan AC Milan. Ketik itu saya baru berusia 17 tahun.”
“Dan beliau [R9] memberikan saya majalah Plaboy dan berkata: ‘Kau nak join kumpulan aku, ataupun kumpulan orang kuat agama Kaka? Yang ada benda benda macam gereja di dalam loker di bilik persalinan’.”
Alexandre Pato:
🗣️ “I entered AC Milan's locker room at 17. Ronaldo gave me a Playboy magazine and said 'be in my group or in Kaka’s (the religious one)." 😂😂 pic.twitter.com/idh8U5UvnF
— Football Tweet (@Football__Tweet) April 9, 2020
Pato tidak menceritakan mana satu pilihannya. Korang rasa?
Pato menganggap detik di AC Milan sebagai detik terbaik yang tak akan beliau lupakan.
Mendengar penyokong AC Milan melaung namanya kekal terngiang di telinganya dan detik yang paling indah bagi Pato.
Ronaldo adalah pemain yang gemarkan parti sama seperti beberapa pemain Brazil yang lain ketika itu.
Beliau adalah pemain penyerang terbaik di dalam generasinya dan antara pemain terbaik sepanjang zaman.
Namun kariernya dimusnahkan oleh kecederaan dan masalah berat badan beliau yang semakin sukar dikawal.
Kaka pula memang dikenali dengan sikapnya yang kuat pegangan agama. Beliau sendiri pernah menyatakan, tanpa keajaiban dari Tuhan, dia mungkin sudah tidak ada di dunia.
Hal ini kerana, pada usia 18 tahun beliau terjatuh di kolam renang dan mengalami cedera pada tulang belakang.
Beliau hampir meninggal dunia pada ketika itu. Mujur keajaiban membolehkannya hidup dan berjaya menjadi pemain bola sepak.
Gandingan Kaparo
Ketika di AC Milan, Kaka, Pato dan Ronaldo membentun gandingan Brazil yang digelar KAPARO.
Selepas menjuarai Liga Juara Juara Eropah pada 2007, AC Milan tengah memperkasakan bahagian serangan merel. Mereka mendapatkan khidmat Ronaldo.
Kehadiran Ronaldo telah membolehkan AC Milan membentuk trio serangan dari Brazil dengan adanya Pato dan Kaka di sana.
Kaka sudah lama hilang penyerang berbisa di hadapan beliau sejak berakhirnya era Shevchenko dan Inzaghi.
AC Milan memberikan kepercayaan kepada pemain remaja sensasi, Alexander Pato.
Pada kemenangan 5-2 ke atas Napoli pada Januari 2008, Kaka, Pato, dan Ronaldo sama-sama mencetak gol.
Ronaldo mencetak dua gol, sementara Kaka dan Pato masing-masing dengan satu gol.
Trio Kaparo terus menjadi igauan ngeri pertahanan lawan.
Namun sayang sekali Ronaldo mengalami kecederaan dan tinggallah Kaka dan Pato.
Secara total, trio Kaparo mencetak 30 gol untuk AC Milan dalam semua pertandingan pada musim 2007/2008.