Pato Terkejut Bila Tahu Alasan Sebenar Diego Costa Sangat Tenang Ketika Di England

Alexandre Pato menceritakan bagaimana Diego Costa berdepan dengan kritikan daripada media Inggeris dan peminat lawan ketika tiba di Chelsea.

Menurut Pato, dia hairan bagaimana seorang yang panas baran seperti Costa boleh sebegitu tenang berdepan dengan kecaman sebegitu.

Peminat pasukan lawan selalu memaki hamun Costa dan mencarutinya. Lalu Pato bertanya kepada Costa, bagaimana pemain itu boleh menjadi sebegitu tenang.

Ini kerana Costa pemain yang sangat panas baran dan buas ketika di atas padang. Mudah sahaja dia bereaksi panas kepada lawannya. Tetapi tidak kepada media Inggeris yang memang suka mengecam pemain luar England.

Jawapan Costa benar benar mengejutkan Pato. Sebenarnya, Diego Costa tak faham apa yang media Inggeris tulis tentangnya atau makian daripada peminat. Kerana dia tak pandai berbahasa Inggeris.

Pato berkata: “Ketika saya tiba di Chelsea, Diego Costa sudah ada di sana.

“Media Inggeris selalu mengkritiknya. Peminat pasukan lawan selalu mengecam dan menyumpah seranah dia. Tetapi yang menariknya dia sangat tenang berdepan dengan semua itu.

“Pada suatu hari tu, saya tanyalah dia, bagaimana dia boleh begitu tenang? Diego cakap kat saya: ‘Saya tak faham sepatah haram pun mereka kata tentang saya. Sebab saya tak pandai cakap Inggeris.”

Ketika di Chelsea, Diego Costa menjadi pemain penting yang membantu kelab itu bergelar juara Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Antonio Conte.

Malangnya musim berikutnya, dia dan Conte tak sehaluan. Dengan Conte menyatakan dia sebenarnya sudah menghantar mesej kepada Costa beberapa bulan sebelumnya, menyatakan pemain itu tiada dalam perancangannya.

Costa yang merajuk pada masa itu enggan pulang ke London. Dan terus kekal di Brazil. Dia mendesak Chelsea menjualnya ke Atletico kembali. Atau dia tidak akan pernah kembali lagi ke eropah.

Chelsea akur dan melepaskan pemain itu kembali ke Atletico Madrid.

Berbeza dengan Costa, karier Pato di Chelsea hanya satu persinggahan yang mengerikan. Dia gagal mencapai potensi terbaiknya ketika di sana. Dianggap flop ketika di Chelsea.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi