Paul Merson: ‘Arsenal Akan Hancurkan Tottenham Sampai Lunyai’

Pundit Paul Merson bertegas bahawa pasukan lamanya, Arsenal akan “membunuh sampai hancur” Tottenham dalam perlawanan derbi London Utara yang dinanti-nantikan Ahad ini.

The Gunners menjadi tuan rumah kepada musuh ketat mereka di Emirates dengan kedua-dua pasukan masing masing dengan 13 mata. Spurs telah dibangkitkan semula oleh pengurus Ange Postecoglou, yang dengan cepat menerapkan corak taktikalnya bersama skuad baharunya itu. Dan dia berjanji tak akan mengubah corak permainan mereka ketika berdepan Arsenal.

Walaupun Tottenham sangat mengagumkan sejak dibimbing oleh Postecoglou, Arsenal telah memulakan kempen baharu dengan hebat sekali selepas kembali mengukuhkan diri sebagai pencabar kejuaraan pada musim lalu. Spurs juga mempunyai rekod yang teruk dalam perlawanan ini: mereka hanya menang dua kali ke atas Arsenal di halaman Arsenal dalam era Liga Perdana.

Dan Merson berpendapat bahawa sejarah akan berulang pada hujung minggu. Dia meramalkan Arsenal menang dengan bergaya. Merson memberitahu Sky Sports: “Saya yakin, sangat yakin. Saya tidak dapat melihat apa-apa selain kemenangan Arsenal. Saya fikir mereka benar-benar akan menyembelih Spurs, saya  sangat yakin. Arsenal akan menyiat nyiat Spurs sehingga betul-betul hancur.”

“Saya tidak fikir [Spurs] akan mengubah cara mereka bermain. Man United melakukan 14 percubaan menentang mereka pada separuh masa pertama; berikan Arsenal 14 percubaan esok dan kita akan lihat apa yang berlaku.”

“Ia aksi yang sengit, ia adalah bola sepak yang bagus, saya suka cara mereka bermain, saya suka pengurus mereka. Ia adalah bola sepak gung-ho. Tetapi anda tidak boleh bermain bola sepak gung-ho menentang pemain yang lebih baik daripada anda. Arsenal mempunyai pemain yang lebih baik daripada Tottenham.”

“Anda bercakap tentang [James] Maddison, pemain yang bagus tetapi kamu tak akan memilih dia berbanding [Martin] Odegaard pada mana-mana hari dalam seminggu. [Yves] Bissouma telah melakukannya dengan baik, tetapi anda tidak akan memilih dia berbanding Declan Rice.”

“Di seluruh padang mereka adalah pemain yang lebih baik. Tidak ramai pemain Spurs yang layak masuk ke dalam pasukan ini, dan jika anda membuka perlawanan ini esok maka Arsenal akan memusnahkan Tottenham. Dan maksud saya menghancurkan mereka.”

Adakah anda setuju dengan Paul Merson?

Sebelum ini bekas pemain Spurs, Darrent Bent menyenaraikan kesemua pemain Arsenal dalam kesebelasan pilihan daripada dua pasukan yang akan bertarung hari ini. Walaupun Bent kagum dengan kualiti Son Heung Min namun menurutnya, Son bukan pemain sayap yang bagus berbanding pemain seperti Martinelli di Arsenal.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu