Paul Pogba: Kisah Anak Pelarian Yang Menjadi Graduan Akademi Kebanggaan Manchester United

Paul Labile Pogba merupakan pemain graduan akademi Manchester United. Kerana di situ dia diberikan debut senior.

Nicky Butt menyatakan bahawa akademi Manchester United berasa bangga apabila melihat graduan mereka beraksi di final Piala Dunia bersama dengan negaranya pada 2018 – di mana selepas itu Pogba menjuarainya.

Kisah keluarga Pogba

Kisah Paul Pogba untuk sampai ke tahap dia ada sekarang bukannya senang. Dia merupakan anak pendatang dari Guinea yang menetap di Perancis.

Konflik dalam negara Guinea ketika itu antara sebab kenapa keluarga Pogba lari ke Perancis. Berlaku rampasan kuasa tentera, penindasan dan ekonomi yang jatuh teruk melanda negara mereka.

Sebelum kelahiran Pogba, sebenarnya ayah dan ibunya (Yea Moriba) sudah dikurniakan saudara kembar Florentin dan Mathias Pogba. Dikatakan status Pogba yang lahir di Perancis antara pertimbangan terkuat kerajaan Perancis memerikan kerakyatan kepada keluarga Pogba.

Ketika ibu dan ayah Pogba (Fassou Antoine) masuk ke negara Perancis, dua orang abangnya itu tinggal di Guinea. Dan hanya bersatu semula dengan mereka setelah ibu bapanya mendapat kerakyatan.

Namun ada usia Pogba dua tahun, ibu dan ayahnya bercerai. Pogba dan dua abangnya dibesarkan oleh ibunya.

Walaupun bercerai, ibu dan ayah Pogba dikatakan sudah bersetuju untuk tidak melibatkan anak mereka di dalam konflik. Ibunya sangat sukar ketika itu membesarkan 3 orang anak lelakinya.

Pogba memang sukakan bola sepak sejak kecil. Pengaruh daripada abangnya sangat kuat kepada dirinya. Selain itu, kanak kanak pelarian di Perancis pada masa itu melihat bola sepak sebagai wadah terbaik untuk mengubah hidup mereka. Pogba masih terlalu kecil untuk memikirkan semua itu.

Ibunya berjaya menyekolahannya di Roissy-en-Brie – dan di situlah Pogba menikmati bola sepak formal beliau yang pertama.

Melihat kepada minat Pogba, ayahnya selalu menasihati Pogba untuk serius dalam bola sepak. Kerana ia boleh menjadi pengubah nasib mereka. Namun Yeo Moriba lebih menekankan pendidikan berbanding bola.

Ayahnya memang pemain bola sepak tetapi kariernya tidak sampai ke tahap profesional.

Pogba kemudian diterima masuk dala akademi bola sepak Roissy-en-Brie pada usianya baru enam tahun.

Dia menjadi pemain utama akademi tersebut selama 7 tahun. Dan menjadi pemain sangat popular di sekolah dan di kejiranan mereka. Akademi tersebu 20 minit daripada rumahnya.

Melihatkan bakat Pogba yang luar biasa, rakan ibunya, Sambou Tati membantu Pogba untuk menyertai pemilihan degan kelab US Trocy, yang merupakan pasukan remaja terbaik di daerah mereka.

Pogba terus menjadi pemain utama dan kapten pasukan B-13 Trocy. Bakatnya dikesan oleh sebuah akademi besar – kelab profesional dalam hierarki Liga Perancis iatu Le Havre.

Pogba terus diserap ke akademi mereka tanpa banyak songeh. Manakala dua abang kembarnya berkelana ke Sepanyol menyertai akademi Celta Vigo.

Le Havre terletak di Utara Perancis. Jaraknya sangat jauh daripada rumah mereka, kira kira 1,500 km.

Hanya dua musim bersama dengan akademi Le Havre, Pogba kemudian menjadi ketua pasukan skuad B-16 dan membantu kelab menjulang Piala Kebangsaan B-16. Pogba menjadi bintang utama. Media Perancis mulai meramalkan Pogba akan menjadi bintang besar di masa depan.

Lebih indah apabila Pogba dipanggi skuad kebangsaan Perancis B-16. Pogba dilantik mejadi kapten. Ini kerana Pogba sangat matang berbanding remaja lain pada usianya.

Apabila Pogba naik ke pasukan B-17, beliau kekal menjadi kapten. Pogba meningkat naik mendadak. Beliau bukan sahaja seorang pemain tengah yang lasak, tetapi sangat lincah dan menjaringka banyak gol cantik.

Pada 2009, Manchester United menghampiri Pogba. Kelab tersebut menawarkan Pogba untuk menyertai akademi mereka. Tanpa berfikir panjang Pogba menandatangani kontrak dengan United.

Ianya ibarat mimpi buat pemain tersebut. Perkara itu ditentang oleh Le Havre yang membawa kes itu kepada FIFA. Le Havre mengutuk Man United dan keluarga Pogba. Le Havre menuduh keluarga Pogba tertarik ke United kerana ditawarkan bonus tandatangan £87k dan sebuah rumah di Manchester.

FIFA mendapati tiada masalah dengan tawaran United itu. Dan Pogba berhak pergi ke mana dia suka untuk melanjutkan kariernya dengan syarat tidak melanggar peraturan pekerjaan sesebuah negara.

Pada tahun berikutnya, Pogba diserap ke dalam pasukan B-18 dan beliau menjadi pemain utama yang membantu akademi mereka mengekalkan kejuaraan liga.

Pada 2011, Pogba membatu skuad belia United menjuarai Piala FA Belia.

Laporan pembangunan Pogba sangat memberangsangkan. Beliau kemudian tersenarai sebagai salah seorang daripada 4 pemain akademi yang dipanggil Sir Alex Ferguson untuk menyertai skuad senior menjelang aksi Piala FA.

Beliau diberikan debut bersama pasukan senior pada 21 September 2011. Namun segalanya tidak begitu baik selepas itu. Alex Ferguson mulai bengang dengan ejen Pogba iaitu Mino Raiola yang danggap SAF sebagai sampah. Pogba akhirnya dilepaskan ke Juventus. Kariernya terus meningkat naik dan menjadi salah seorang pemain tengah elit.

Pada 2016, Manchester United membeli semula Paul Pogba dengan nilai EUR100 juta.

Beliau terus menjadi pemain utama dan membantu negaranya memenangi Piala Dunia 2018.

Pogba dianggap salah satu contoh graduan akademi Manchester United yang membanggakan kelab. Ini kerana ketiga tiga mereka sudah sampai ke tahap bermain Piala Dunia untuk negara mereka. Dan Pogba menjadi juara bersama Perancis pada 2018.

Itulah kisah bagaimana sesebuah akademi itu membanggakan produk mereka. Orang kata, coach akademi ni unsung hero. Mereka adalah permulaan kepada pembentukan bintang ini.

Salah satu penanda aras mereka adalah melahirkan pemain yang mampu debut dengan pasukan utama dan kemudian melahirkan seberapa ramai bakat yang mampu menjadi pemain profesional.

Tak kiralah, latar belakang pemain ini dari mana sebelum ini, akademi yang membantu mereka sehingga menjengah kaki ke padang untuk debut pemain profesional akan mendapat kredit tertinggi dan juga berhak mendapatkan bayaran pampasan pembangunan sekalipun setiap kali pemain pemai ini dijual beli ketika di kelab lain.

Ini sama sekali tidak menafikan hakikat bahawa beberapa akademi Pogba sebelum ini turut memainkan peranan mereka dalam membangunkan bakat.

Bila kita mampu memiliki struktur dan mentaliti seperti ini dalam bola sepak kita?