Paul Scholes merasakan Man United sepatutnya melepaskan peluang untuk mendapatkan Declan Rice dan Harry Kane tempoh hari.
Kane antara pemain yang pernah menyatakan minat untuk menyertai United. Namun United tidak membuat sebarang bidaan sebelum ini kerana merasakan angka £100 juta untuk pemain itu terlalu tinggi.
Dan United pergi membayar £70 juta untuk Rasmus Hojlund.
Kemudian Man United dikaitkan dengan Declan Rice. Dengan David Moyes sedia untuk menjual pemain itu ke United dengan mendapatkan pemain seperti Harry Maguire dalam rundingan itu. Namun sekali lagi United tidak berminat untuk menyaingi Arsenal untuk mendapatkan pemain tengah itu.
Dan mereka mendapatkan Sofyan Amrabat secara pinjaman. Yang mana buat masa ini pemain itu masih belum meyakinkan Ten Hag. Dijangka akan dipulangkan semula selepas tamat musim ini.
Lantas Scholes menegaskan United seharusnya membayar sahaja £200 juta untuk mendapatkan dua pemain yang terang terang akan dilepaskan kelab mereka iaitu Harry Kane dan Declan Rice.
Scholes berkata sebelum sepak mula menentang Bayern: “Saya rasa mungkin terdapat beberapa kesilapan besar pada musim panas,” kata bekas pemain tengah United itu kepada TNT Sports.
“Saya rasa tugas pengambilan pemain [recruitment] di Manchester United tahun ini pada musim panas adalah perkara paling mudah.”
“Anda fikir orang seperti Harry Kane, £100 juta mungkin anda akan dapat dia. Dia akan datang ke sini.”
“Seorang lagi ialah Declan Rice dengan harga £100 juta. Anda membeli kualiti yang diketahui; watak yang betul, yang tahu tentang kelab ini dan negara. Mereka berkualiti; Saya fikir ia sangat mudah.”
Scholes juga merujuk kepada perjuangan Andre Onana sejak melengkapkan perpindahan musim panas dari Inter Milan. Scholes percaya bahawa keinginan Ten Hag yang terlalu kuat untuk mendapatkan Onana telah membuatkan kelab tidak memikirkan soal lain seperti usaha bersaing mendapatkan Kane dan Rice.
Scholes tetap akur bahawa United harus mendapatkan penjaga gol baharu kerana baru melepaskan David De Gea. Urusan mendapatkan Onana terlalu lama dan panjang.
“Masalahnya ialah penjaga gol, dan dia [Erik ten Hag] memang perlu membeli penjaga gol. Dia [Onana] masih belum berjaya seperti yang mereka inginkan. Anda masih perlu memberi dia masa, sudah tentu anda ada.”
“Tetapi saya rasa dua pemain itu sudah bersedia untuk terus menunjukkan kualiti dan terbukti berkualiti iaitu Kane dan Rice. Pasukan Man United ini akan menjadi lebih baik dengan kedua-dua mereka.”
“Saya rasa Manchester United memerlukan watak, ketahanan dan pemahaman tentang liga ini lebih daripada segala-galanya, lebih daripada bakat.”
Scholes menegaskan bahawa pasukan United yang ada memerlukan pemain yang ada ciri kepimpinan lebih daripada bakat. Kerana mereka sudah ada bakat. Namun bakat bakat ini tidak ada pemimpin yang baik dan akhirnya hanyut.
“Mereka yang mempunyai bakat yang banyak tidak silap saya, tetapi saya fikir faktor utama yang kita lihat musim ini, adalah subplot yang ada di sekitar kelab ini; kebanyakannya di luar padang.”
“Mereka ini [Kane dan Rice] akan masuk dan menjadi orang yang memimpin itu dengan cara yang lebih baik, 100%. Anda lihat cara mereka masuk ke kelab baharu mereka. Mereka mungkin pemain terbaik dalam dua kelab baharu mereka, dari segi prestasi.”
"Recruitment at Manchester United this year was the easiest it could ever have been!"
Paul Scholes believes there were 𝐓𝐖𝐎 obvious signings that United missed out on in the summer 😬#UCL | @laura_woodsy | @rioferdy5 pic.twitter.com/ASGMUGKVgO
— Football on TNT Sports (@footballontnt) December 12, 2023