Pawi ‘Cut Inside’ Pawi ‘Score’, Manifestasi Praktik Kepada Kepakaran Oleh Inverted Winger Malaysia

Jika dulu kita mendengar Man Turn Man Score. Itu adalah signifikan kepada Azman Adnan. Ianya adalah perkara biasa dilakukan oleh No.9.

Jika anda pertahanan, prinsip dia adalah jangan bagi penyerang memutarkan badan (turn), kerana mereka akan menghadap gol dan boleh melakukan shot.

Namun bagi Safawi, dia adalah Wing attacker ataupun inverted winger. Jadi dia bukan tipikal penyerang yang memerlukan turn. Sebaliknya dia memerlukan cut inside supaya posisi badan dia beralih ke shooting zone.

Apabila dia berada di shooting zone dengan prime foot dia pada kedudukan untuk melakukan lencongan ke dalam / inside curler yang korang panggil in-swinger.

Mereka akan mencari far post dan melencongkan bola.

Kenapa?

Near post bukan zon yang terbaik kau nak shot sebab keeper biasanya lebih menutup zon itu. Jika keeper kena near shot biasanya mereka akan kecewa kerana itu tak bagus.

Untuk menuju ke far post ada yang menembak dengan kekuatan (Power). Namun teknik ni kalau keeper berada di posisi baik dan strong hand mereka akan mudah mematikannya.

Ini contoh shot dengan power yang sebenar, Safawi boleh je buat.

Apabila penyerang sayap songsang itu menuju far post dan melakukan lencongan, mereka melarikan bola dari jangkauan penjaga gol pada titik tengah dan melencong masuk pada titik akhir.

Sebab itu pengulas mat saleh akan cakap, pemain ‘mengorbakan’ sedikit kekuatan sepakan dan menaikkan ketepatan.

Bukti ‘Practice Makes Perfect’

Safawi sudah banyak kali melakukan benda ini. Jadi ini bukan kebetulan. Ia adalah kepakaran. Macam Arjen Robben. Bapa segala cut inside and score.

Semua ini berlaku kerana dia terus praktik dan praktik. Dalam kariernya pada awal, kita pasti banyak rembatannya yang bersepah.

Namun pemain bola sepak yang bagus akan membuat penilaian peribadi mereka sendiri. Pemain kena ada rasa kritikal ke atas diri sendiri dan bukannya nak ingat benda bagus je.

Jadi, ketika Safawi dipilih AFC sebagai penjaring gol lencongan terbaik. Ia memang sangat tepat menandakan kepakaran pemain itu.

Malah bagi peminat Malaysia, nama anugerah itu sendiri menang ngam dengan Pawi.

Bukan mudah nak berhadapan dengan inverted winger yang kemas dalam touches. Sebab nak matikan langkah mereka daripada masuk ke dalam, body positioning dan mata kena kat bola.

Tetapi kredit juga kepada Coaching staff di JDT dan juga pasukan lama beliau T- Team, serta Coach beliau masa akar umbi.

Kepakaran ni kena dibentuk dari muda dan dibangunkan supaya ia tak statik ataupun tak diguna pakai.

Aksi Pawi berdepan dengan Taijikistan antara aksi terbaik beliau ketika menyarung jersi Harimau Malaya.

Dan beliau turut melakukan gol dengan tabiat dan kepakarannya.

Pawi cut inside Pawi Score.

Ya, anda akan tahu ke mana bola tu kalau dia berjaya cut inside dan eliminate pertahanan.

Namun kita jangan lupakan kejurulatihan di JDT yang membantu Pawi memperbaiki aspek ini.

Dan kita juga nampak gaya yang sama ditunjukkan Ramadhan Saifullah:

Dedikasi amat penting. Pemain perlu memperbanyakkan latihan tambahan dan berani mencuba dalam perlawanan sebenar.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi