Pawi Power Malam Ni, Harimau Malaya Terkam 2 Musuh – Gajah Dan Garuda

Safawi Rasid membuktikan bahawa beliau adalah pemain penyerang utama terbaik yang kita ada ketika ini dan dalam generasi beliau.

Walaupun mendapat kritikan sayang manja sebelum ni kerana tak skor. Beliau tetap nama yang menjadi harapan kita semua. Kita geram sebab kita tahu beliau memang berkualiti.

Tajuk artikel tu bukan sahaja merujuk kepada power yang power kita selalu sebut dalam bahasa seharian.

Namun malam ini 2 gol beliau adalah bergantung kepada shot Power Ataupun kekuatan shot.

Safawi Rasid dikenali dengan pemain yang bergantung kepada inside curler yang lebih kepada accuracy.

Sebelum ini saya ada menulis Pawi Cut Inside Pawi Score. Korang bacalah di sini:

Namun malam ni beliau tak ada banyak ruang nak mendapatkan platform terbaik nak melakukan curler.

Jadi, Safawi Rasid menggunakan senjata peluru pada rembatannya yang disebut sebagai shot power yang lebih daripada mengutamakan shot accuracy/bidikan.

Shot power ni adalah rembatan deras ke arah gol yang menyewakan penjaga gol dengan kelajuan.

Sepakan percuma beliau adalah powerful shot. Ada sedikit sahaja curler tetapi ia lebih kepada powerful shot yang menuju ke bahagian lebih narrow.

Dan gol kedua beliau juga powerful shot daripada tight angle. Tak mampu buat apa penjaga gol Indonesia.

Itulah definisi penyerang sebab bila. Boleh menggelecek. Boleh melakukan gol daripada curler Dan powerful shot. Dan pada masa yang sama boleh menjaringkan gol daripada set piece.

Game ini akan berbeza kalau tiada gol kedua Pawi yang merentap sisa semangat Indonesia yang mulai berputik nak membalas gol.

Minggu minggu yang indah untuk Pawi. Sebelum ini baru tapau MVP MSL bersama best XI, best attacker Dan pemain paling popular.

Apapun bola sepak ini permainan berpasukan. Syabas kepada semua pemain dan jurulatih yang menyiapkan Malaysia untuk tugasan antarabangsa kali ini.

Kita tapau 2 pasukan Asia Tenggara. Thailand dan musuh tradisi Indonesia.

Kepada pemain yang cedera, Yan semoga cepat sembuh. Farizal terima kasih sebab save 1 penalti. Wasitnya curang deh.

Gajah dan Garuda jiran kita terkam. Kita menutup kalendar 2019 dengan kekuasaan kita tersendiri.

Terima kasih juga kepada Fans yang hadir ke stadium dan menonton di tv tak kira di mana sahaja.

Kita menang!!

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan